Luahan Hati Wanita Yang Tidak Di Ketahui Lelaki

Wanita adalah ciptaan Allah yang sering dijadikan perhatian dalam setiap sudut kehidupan. Dandanannya, pakaiannya, tingkah laku, malah gerak-gerinya. Wanita adalah makhluk Tuhan yang sangat indah.

Curahan Isi Hati Wanita Yang Tidak Diketahui Lelaki:

Lupa.

Kami tahu bahawa lelaki menyayangi kami. Kami tahu bahawa kaum lelaki lebih suka membuktikan pada kami bahawa mereka menyayangi kami dengan perbuatan berbanding perkataan.

Tapi kami ingin menyatakan bahawa, ucapan “Aku sayang kamu” ketika hendak tidur atau “Saya memerlukan kamu” ketika kita tidak bertemu beberapa hari, tidak perlu diucap setiap hari tapi paling tidak seminggu sekali, kerana semakin lama hubungan kita terjalin, kaum lelaki semakin jarang mengucapkan kata-kata sayang atau rindu.

Masa.

Tolonglah datang tepat pada waktunya. Ini kerana menepati masa membuktikan bahawa lelaki menghargai kami, bahawa lelaki tidak tidak akan membiarkan kami menunggu dengan dandanan yang sudah lengkap hingga luntur kembali kerana menunggu.

Sebenarnya, kami sangat susah hati sekiranya lelaki lambat sampai..

Hadiah.

Kami boleh membeli barang-barang yang kami inginkan dengan wang sendiri, tapi kami ingin sesekali lelaki membelikan untuk kami, walaupun hanya untuk sebuah penyepit rambut.

Percayalah penyepit rambut itu akan kami simpan sampai bila-bila.

Ketika susah.

Ketika lelaki sedang bersedih, dalam kesusahan atau sedang melalui keadaan yang tidak baik, janganlah melayan kami dengan perasaan marah atau menunjukkan wajah yang tidak manis, tapi duduklah di samping kami dan sandarkanlah kepala kamu di bahu kami, tidak perlu berkata-kata kerana kami tahu bahawa kalian hanya ingin menenangkan perasaan dan merasakan ada tempat untuk mengadukan masalah.

Ketahuilah bahawa kamu tidak sendirian di dunia ini. Kami sentiasa ada untuk menyokong dan menyayangi kalian.

Nada suara.

Tolong turunkan nada suara ketika berbicara kerana nada yang tinggi ketika kamu sedang marah sangat melukai hati kami.

Bentakan-bentakan lelaki akan membuatkan air mata kami mengalir. Kami lebih mengerti apa yang anda lelaki katakan dengan suara yang lembut.

Tolong jangan bentak kami, kerana kalian akan kelihatan seperti orang asing yang kami tidak kenal.

Ambil berat.

Ketika kami bertanya adakah kamu sudah makan, itu bukan kerana kami menganggap kalian adalah anak kecil yang perlu diingatkan, tapi kerana kami mengambil berat.

Tahukah kalian bahawa ketika kami sibuk, dengan pekerjaan pun, kami sentiasa ingat untuk menanyakan kalian, sudah makan atau belum.

Kami khuatir kalian terlalu sibuk bekerja hingga terlupa makan.

Tidak dihargai.

Janganlah berlagak seolah kalian tidak takut kehilangan kami hanya kerana kalian adalah lelaki.

Perkara itu akan membuatkan kami merasa tidak dihargai. Itu akan membuatkan kami berasa sedih dan hati kami terluka.

Kesimpulannya, wanita selalu memikirkan hal-hal kecil dan lelaki pula sering meminggirkan masalah-masalah kecil.

Wanita menganggap jalan pemikiran lelaki aneh dan lelaki pula menganggap cara pemikiran wanita terlalu rumit.

Pertengkaran dan salah faham selalu berlaku kerana lelaki dan wanita sememangnya diciptakan berbeza.

Saling menghargai, mengalah dan jangan menggunakan kekerasan pada orang yang kita sayangi.

Komunikasi yang baik adalah perkara dan cara yang sangat penting dalam memelihara hubungan walaupun kita akui adakalnya sangat sukar.