Bagaimana Untuk Melakukan Seks Melalui Telefon Bagi Mereka Yang Berjauhan

Walaupun kedengaran agak pelik namun inilah yang boleh membantu perhubungan jarak jauh untuk kekal hangat sepanjang masa. Untuk mereka yang sering bekerja di luar daerah, kasihan isteri mereka berseorangan di rumah. Malahan kaum lelaki juga kalau terlalu lama berjauhan dengan isteri pun boleh menjadi gersang juga lambat laun nanti.

Oleh itu apakah kaedah ini boleh membantu? Ya ia memang boleh membantu dan boleh mengelakkan pasangan atau anda sendiri curang apabila berjauhan. Ana hanya perlu bijak untuk memilih momen yang menarik untuk menjalankan aktiviti yang erotis ini bersama pasangan anda ketika berbual dalam telefon.

Berikut adalah 3 cara bagaimana anda mampu melakukan seks melalui telefon dengan sempurna dan hangat:

1. Mengutarakan Hasrat

Mengutarakan hasrat anda untuk bersama dengan pasangan anda boleh membuatkan nafsu pasangan turut sama bergelora. Yang lebih penting, jangan lupa untuk mengatakan bahawa anda begitu ingin sekali untuk berciuman seperti biasa. Ucapkan ia dengan kata-kata yang mesra, say it with love.

2. Berimaginasi

Anda juga boleh meminta pasangan untuk membelai dirinya sendiri dengan mata terpejam dengan gaya yang erotik, dan cuba untuk membayangkan bahawa ketika itu dia sedang dibelai mesra oleh anda sendiri. Begitu juga dengan anda, boleh melakukan hal yang sama juga sama seperti si dia. Daya imaginasi yang kuat perlu ketika melakukan ia.

3. Saling Memberi Respon

Berbicaralah mengenai seks dan saling memberikan respons. Gambarkan perasaan sebenar anda terhadap pasangan, lalu membayangkan juga apa yang ingin dilakukan oleh pasangan terhadap diri anda, begitu juga sebaliknya menyuruh pasangan untuk membayangkan juga apa yang anda ingin lakukan terhadap dirinya.

Dengan cara seperti ini, anda dan pasangan mampu untuk membayangkan sebuah perhubungan seksual yang normal, tanpa melakukan hubungan seksual. Walaupun langkah seperti ini tidaklah memberikan kepuasan yang sama seperti perhubungan seks yang sebenarnya, paling tidak hal ini cukup mendekatkan anda dan dapat mengurangi nafsu yang bergelora.