Tips Yang Hebat Untuk Menangani Perhubungan Jarak Jauh

Kehidupan seksual bagi pasangan yang duduk berjauhan mampu untuk menjadi masalah yang cukup serius, kerana ia mampu untuk mempengaruhi emosi dan juga kualiti kerja seseorang. Malah mereka juga akan saling merindu dan sering duduk termenung menantikan kepulangan pasangan kerana sudah lama tidak bersua.

Bukan itu sahaja, hubungan jarak jauh juga sering menimbulkan rasa curiga terhadap pasangan, yang mungkin berlanjutan hingga mengakibatkan ketegangan seksual dan berakhir dengan dendam, sehingga pasangan ini kemudiannya akan saling menyakiti antara satu dengan yang lain.

Berjauhan dengan pasangan tentu sekali bukan mudah dan menyenangkan untuk dilalui terutamanya kepada mereka yang baru sahaja berkahwin, apatah lagi jika ianya mengambil masa yang begitu lama. Kesepian boleh mengakibatkan pelbagai perkara dan paling teruk masalah kecurangan.

Oleh karena itu untuk menghindari risiko buruk yang kemungkinan boleh terjadi, maka perlulah adanya komunikasi antara suami isteri.

Selain komunikasi di antara pasangan suami isteri, ia juga turut termasuk komunikasi seksual:

1. Zaman sudah berubah, kini segalanya sudah mula menjadi serba mudah. Walau berada dalam dua benua yang berbeza terdapat kini alternatif komunikasi untuk digunakan. Selain telefon bimbit, dengan kecanggihan internet anda kini boleh menggunakan webcam dan Skype. Selain itu, harganya juga jauh lebih murah.

2. Jika di hati ada tersimpan sebarang keraguan terhadap pasangan, luahkan terus kepada mereka tanpa menyimpan apa-apa. Jangan memendam dan saling meneka sendiri. Tentang frekuensi perbualan itu ana berdua boleh sesuaikan dengan waktu masing-masing agar bersesuaian. Jangan sampai mengganggu dan membuat pasangan anda berasa serba salah.

3. Tidak ada salahnya jika sekali sekala selain berbual, anda juga berutus surat melalui pos. Selain kelihatan lebih peribadi, anda juga mampu untuk meletakkan sedikit wangian yang sering anda gunakan sehingga menimbulkan nostalgia pada dirinya. Jika kadang kala pasangan merindui masakan isteri anda pula, tak ada salahnya sekali-sekali meminta si dia mengirimkan makanan.

4. Buat kejutan untuk pasangan anda secara tiba-tiba. Kejutan seringkali boleh menjadi penyegar dalam sesuatu hubungan. Untuk hubungan jarak jauh ia boleh dimanfaatkan melalui kiriman bunga atau hadiah. Jika memang anda mempunyai kelapangan ketika itu kejutkan dengan pulang tanpa memberi khabar terlebih dulu.

5. Ketika sudah memberikan komitmen untuk perhubungan jarak jauh, kepercayaan pada pasangan adalah sangat penting. Jika tidak mampu untuk percaya pada pasangan sebaiknya anda berfikir dahulu sebelum menjalani hubungan jarak jauh. Anda boleh menjadi terseksa dengan sikap curiga tak bertempat dan rasa cemburu sepanjang perhubungan tersebut berjalan

Nasihat admin adalah lebih baik sekiranya anda berdua berbincang dahulu sebelum memulakan hasrat untuk mendirikan rumahtangga jika anda berdua duduk berjauhan. Ini kerana tidak ramai wanita yang kental hatinya apabila berjauhan dengan suami. Dikhuatiri dengan adanya sikap salig curiga nanti akan memburukkan keadaan rumahtangga itu sendiri..