Tanda-Tanda Awal Jika Anda Mengalami Masalah Jantung

Sudah sekan lama penyakit jantung ini dianggap sebagai pembunuh no 1 negara terutamanya untuk kaum lelaki. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung ini dikhuatiri adalah sangat tinggi. Pesakit jantung di kalangan lelaki sudah semakin meningkat di negara kita dan bilangan ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

Kebanyakan lelaki pada pertengahan usia sudah jarang mengamalkan cara hidup sihat. Dengan menghabiskan masa di gimnasium sahaja tridak mencukupi untuk mengawal masalah jantung tanpa rutin pemakanan yang terkawal dan seimbang.

Seeloknya kita mengenali beberapa tanda-tanda yang mungkin boleh memberikan petanda awal bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi akan menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita mempunyai masalah seperti mempunyai lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah kemungknan akan terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang yang datang secara tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada bahagian dada (ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada, seterusnya rasa sakit akan mula merebak pada bahagian tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk secara tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa seperti ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing yang tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan yang berpanjangan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya pada tekak dan hilang selera makan.
  12. Degupan jantung yang tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan secara tiba-tiba walaupun hanya sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak bermaya yang sangat teruk.

Kepantasan anda memberi perhatian awal mampu untuk menyelamatkan nyawa. Perhatikan simptom-simptom di atas jika terdapat pada diri anda dan ayuh dapatkan rawatan segera. Amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang serta utamakan aktiviti kecergasan fizikal yang mengeluarkan banyak peluuh. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua yang sedang membaca.