Mengenali Gejala Stroke Dan Juga Faktor Yang Menyebabkannya


- 18 Jan 17
View 1,215 : Today 1

Apa itu stroke? Stroke adalah serangan terhadap otak yang timbulnya secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah yang membawa darah ke otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral).

Advertisement

Hal ini disebabkan kerana terdapat penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah menuju otak sehingga kemasukan darah dan oksigen ke otak berkurangan dan menimbulkan serangkaian reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Gejala Stroke

Jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat tiap tahunnya. Pada akhir tahun 2012 lalu, sebuah badan mencatatkan kra-kira 500,000 kes penderita stroke dengan angka 12,500 orang meninggal akibat daripada penyakit tersebut. Sementara yang lainnya mengalami masalah cacat, baik ringan maupun berat. Karena itu rawatan awal serta langkah pencegahan boleh memainkan peranan penting dalam memerangi stroke.

Penyebab Penyakit Stroke

Sebenarnya terdapat dua faktor yang merupakan penyebab stroke iaitu risiko medik dan risiko perilaku

1. Faktor risiko medik

Faktor risiko medik yang boleh menyebabkan atau menjadikan stroke itu semakin parah antara lain adalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan jantung, diabetes, sejarah stroke yang wujud dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain. Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensi dan arteriosklerosis.

2. Faktor risiko perilaku

Faktor risiko perilaku adalah disebabkan oleh gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, pengambilan minuman bersoda dan beralkohol serta gemar mengambil makanan fast food. Faktor risiko perilaku yang lainnya adalah kurangnya bersenam dan obesiti. Salah satu gejala adalah hati yang tidak tenteram.

Gejala Serangan Stroke

Pada peringkat awal, masyarakat, keluarga dan setiap orang harus mendapatkan informasi yang jelas dan meyakinkan bahawa stroke adalah serangan otak yang secara sederhana yang mempunyai lima tanda-tanda utama yang harus difahami. Hal ini penting agar semua orang mempunyai pengetahuan untuk lebih berwaspada terhadap bahaya serangan stroke.

Tanda-tanda utama serangan stroke :

  • Rasa bebal atau mati mendadak atau kehilangan rasa dan kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja
  • Rasa bingung yang mendadak, terasa sukar untuk berbicara atau sukar untuk mengerti
  • Satu mata atau kedua mata dengan secara mendadak kelihatan kabur
  • Mendadak rasa sukar untuk berjalan, terhuyung-hayang dan kehilangan keseimbangan
  • Kepala terasa pusing dengan mendadak dan sakit kepala tanpa diketahui sebab

Selain itu harus dijelaskan pula terhadap sebarang kemungkinan munculnya tanda-tanda ikutan lain yang akan timbul dan harus diambil perhatian, iaitu;

  • Rasa mual, panas dan sering berasa muntah-muntah
  • Sering pengsan secara mendadak, atau merasa hilang kesedaran secara mendadak

Diharapkan informasi di atas membantu sedikit sebanyak untuk memberi kesedaran terhadap bahaya menyakit stroke dan membantu anda untuk menangani gejala-gejala awal stroke sebelum menjadi parah. Pengamalan gaya hidup yang sihat boleh membantu mengurangkan terjadinya risiko stroke ini. Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat kepada anda.

Advertisement