Cegah Ibu Tikam Anak, Ini 3 Peringkat Meroyan Yang Suami Patut Tahu

Kenapa ada ibu yang tergamak untuk menikam anak sendiri? Mananya tak suram lebih lagi apabila terbaca tentang berita seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi-tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu telah menyebabkan usus anaknya terburai keluar!

Dalam dunia perubatan moden sebenarnya benda ini telah lama wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasanya memanggil gejala ini sebagai Meroyan. Dalam dunia perubatan pula didapati ada 3 peringkat penyakit yang biasanya disebut sebagai Meroyan ini.

1. Baby Blues

Baby blues ini adalah tahap meroyan paling rendah. Biasanya boleh berlaku semenjak dua tiga hari selepas bersalin dan boleh berlanjutan sehingga dua minggu lamanya.

Benda ini sesuatu yang biasa terjadi kepada ibu yang baru beranak pertama kali. Yalah, malam yang dahulunya sunyi kini sudah dihiasi dengan tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi.

Dengan jadual waktu tidur si ibu yang tidak teratur dan ditambah lagi dengan suami yang suka buat tidak tahu memanglah si ibu mudah untuk tertekan. Suami yang nampak tahi hijau bayi pun dah muntah hijau ini sememang membuatkan si ibu tadi bertambah tertekan.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ini ialah:

  1. mood swing
  2. mudah cemas
  3. selalu menangis
  4. kurang selera makan
  5. susah tidur

Postpartum Depression

Ini merupakan tahap Meroyan yang pertengahan. Penyakit ini lebih kurang serupa dengan Baby Blues juga tapi simptomnya adalah jauh lebih teruk dan berlarutan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang mengalami masalah Pospartum Depression ini biasanya sukar untuk menjaga bayinya sendiri.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ini ialah:

  1. mood swing yang teruk
  2. menangis yang melampau lampau
  3. susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci pada baby sendiri.
  4. rasa tak ada tenaga dan tak boleh tidur
  5. rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
  6. rasa diri tak berguna

Postpartum Psychosis

Ini adala tahap Meroyan yang paling dahsyat. Biasanya mereka yang mengalami sindrom penyakit ini akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang berada dalam pantang sudah mula merepek bercakap yang bukan-bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan-bukan, maka sila berhati-hati.

Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Apabila disoal siasat dia boleh pula cakap dia cuma bunuh perompak sahaja. Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ini tak boleh jaga anak sendiri sebab masa itu fikiran dia dah tak rasional dah.

Sebab itu suami yang memiliki isteri yang baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri berasa tertekan walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri memikirkan tentang kain di jemuran dah angkat ke belum. Jangan beri isteri memikirkan pinggan di dapur sudah dicuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir saja. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram.

Isteri itu baru sahaja mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat semasa hendak melahirkan zuriat kita, janganlah pula kita menambah kesakitan pada jiwanya pula. Lebih-lebih lagi ketika mereka berada di dalam tempoh berpantang.