Perilaku Seks Seseorang Lelaki Itu Berdasarkan Usianya

Dalam berhubungan seks perilaku remaja sudah tentu akan berbeza dengan mereka yang sudah berusia 30 tahun ke atas. Ternyata perbezaan ini mampu untuk menggambarkan hal-hal yang menjadi hasrat seksual dalam diri anda. Sebagaimana yang dilaporkan dari Times of India, Trace Cox, seorang pakar seks mengungkapkan sifat pecinta dan dorongan seksual sesuai dengan usia.

Usia 20 Tahun Keatas

Pada tahap usia ini kebanyakan lelaki kemungkinan tidak dapat berhenti dari berimaginasi tentang seks setiap 2 jam. Terdapat juga kemungkinan bukan semua lelaki akan mempunyai imaginasi sehebat itu teetapi kebanyakannya didapati adalah sedemikian.

Pada umur begini, lelaki suka untuk sering bereksperimentasi dengan seks dan mencuba pelbagai cara untuk memperolehi keseronokan hubungan seksual. Ketika ini juga lelaki dikatakan aktif dengan aktiviti beronani dan pantang melihat wanita yang seksi.

Selain itu, mereka yang berada di dalam kelompok usia ini juga kemungkinan besar gemar mengunjungi beberapa kelab dengan teman-teman mereka.

Usia 30 Tahun Keatas

Kebanyakan lelaki yang berusia 30 tahun keatas mengakui bahawa mereka memiliki hubungan seks berbentuk outdoors. Pada usia 30 tahun mereka memilih untuk melakukan hubungan seks di tempat yang lebih terbuka seperti kebun, pantai, atau bangku taman dalam suasana yang gelap. Mereka menganggap hal ini mampu untuk membangkitkan erotika dalam percintaan.

Selain itu, tempat paling disukai ketika bercinta di usia 30-an adalah di kamar mandi atau tub mandi. Biasanya di usia 30-an ini pasangan suami istri akan dikurniakan anak sehingga ghairah seks mereka semakin berkurangan secara semulajadi. Tapi, Tracey menunjukkan bahawa selama hamil pasangan akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 4-5 kali dalam sebulan.

Memiliki bayi secara tidak langsung dapat menghadkan waktu untuk anda bercinta, untuk menyelongkar hal ini cuba untuk menikmati seks segera. Pada wanita yang usianya lebih dari 30 tahun akan mendapatkan orgasme secara lebih teratur berbanding 23 peratus wanita yang lebih muda.

Usia 40 Tahun Keatas

Masalah ereksi juga kemungkinan besar dialami oleh lelaki yang berusia 40-an. Pada usia ini lelaki kebanyakannya sangat cenderung untuk tidak setia kepada pasangan. Pada usia ini lelaki juga dikatakan adalah lebih seronok menonton pornografi dan bercerita perihal seks.

Pada usia 40-an juga wanita pula seringkali tertarik pada lelaki yang lebih muda dan menginginkan hal yang berkaitan dengan seks. Pada usia ini hubungan seks adalah sangat jarang dilakukan kerana mereka menganggap hubungan seks bukan lagi menjadi suatu keutamaan.