Mitos Vs Fakta Tentang Ketidaksuburan Lelaki: Terungkap!

Ketidaksuburan ini boleh didefinisikan sebagai ketidakmampuan untuk satu pasangan itu memiliki keturunan setelah melakukan hubungan seksual selama 1 tahun tanpa perlindungan. Meskipun pada masyarakat kita, seringkali wanita menjadi pihak yang sering disalahkan, namun nyatanya lelaki juga dapat mengalaminya.

Ketidaksuburan pada lelaki boleh diklasifikasikan di mana mereka menghasilkan jumlah sperma yang sedikit, pergerakan sperma yang lambat, bentuk sperma yang tidak normal ataupun gangguan dari saluran reproduksinya yang mana boleh mengganggu proses pembiakannya ketika berhubungan kelamin.

Mitos 1: Pria lebih baik menggunakan boxer berbanding seluar dalam

Hal ini mungkin saja atas dasar di mana ramai yang berpendapat bahawa pakaian dalam yang lebih ketat dapat menyebabkan suhu yang lebih tinggi pada testis sehingga ia tidak baik untuk penghasilan sperma. Namun pada suatu kajian yang membandingkan antara suhu buah zakar pada lelaki yang menggunakan boxer dan celana dalam, tidak terdapat perbezaan yang jelas di antara keduanya.

Memang benar bahawa peningkatan suhu buah zakar dapat mempengaruhi kualiti sperma, tetapi belum jelas apakah ada hubung kaitnya dengan pakaian dalam yang terlalu ketat.

Mitos 2: Usia pria tidak ada hubungannya dengan kesuburannya

Mungkin anda sering mendengar bahawa ada datuk yang telah pun berusia 60 tahun masih dapat untuk menghamilkan seorang gadis, sehingga menyebabkan kita tidak percaya jika kesuburan seorang lelaki tidak bergantung pada usianya.

Namun faktanya adalah jumlah dan kualiti sperma yang dihasilkan akan mulai menurun ketika seorang lelaki mencecah usia 40 tahun. Penurunannya sendiri berlangsung lambat dan bertahap. Namun hal ini boleh menjadi lebih parah jika lelaki tersebut memiliki jangkitan pada saluran kencing atau varikokel.

Mitos 3: Diet dan peningkatan berat badan mempengaruhi kesuburan pria

Hal ini jelas kebenarannya. Obesiti dapat menurunkan kadar hormon pada lelaki dan dapat mengakibatkan timbulnya penyakit lain yang berbahaya seperti diabetes dan hipotiroid yang mampu mengakibatkan gangguan penghasilan sperma dan azoospermia, di mana tidak wujud sperma pada cairan semen.

Lelaki muda yang mengalami obesiti mungkin memiliki jumlah sperma lebih rendah dari rakan mereka yang memiliki berat badan normal. Penemuan ini dilaporkan dalam jurnal Fertility and Sterility, menguatkan lagi bukti bahawa obesiti berkait rapat dengan kualiti sperma yang relatifnya rendah.

Mitos 4: Sering melakukan masturbasi dapat menurunkan jumlah sperma

Ini sememangnya benar sekali, onani yang terlalu kerap dapat menurunkan jumlah sperma dan kualitinya. Sehingga jika anda ingin berhubungan seksual sebaiknya diselang 2-3 hari untuk meningkatkan kualiti spermanya.

Selain itu, onani pada lelaki dapat menimbulkan kesan munculnya ketagihan untuk melakukan onani, di mana mereka ini akan memiliki kecenderungan untuk lebih kerap melakukan aktiviti tersebut secara berterusan. Selain itu, tindakan onani juga dapat menyebabkan kecederaan dan peningkatan risiko jangkitan pada kemaluan akibat penggunaan objek yang tidak terjamin kebersihannya.

Mitos 5: Mengambil suplemen tertentu dapat meningkatkan kesuburan lelaki

Hingga saat ini belum ada lagi penelitian yang boleh membuktikan bahawa hanya dengan mengambil suplemen tertentu dapat meningkatkan kualiti dan penghasilan sperma. Walaupun pada beberapa penelitian ada yang menganjurkan agar mereka ini mengamalkan pengambilan pemakanan yang mengandungi khasiat seperti di bawah:

  • L-carnitine,
  • L-arginine,
  • zinc,
  • vitamin D,
  • vitamin E,
  • selenium,
  • coenzyme Q10
  • dan asam folat dapat meningkatkan produksi sperma, namun belum bisa dibuktikan.

Oleh itu adalah lebih baik untuk kami mencadangkan anda untuk membuat pemeriksaan dengan doktor sekiranya anda dan pasangan sudah pun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan hampir setahun namun masih belum berhasil. Ini kerana khidmat nasihat pakar amat diperlukan terutamanya dalam hal berkaitan kesuburan ini kerana jika tindakan lambat diambil akan menyebabkan peluang memiliki anak amat tipis.