Cara Untuk Mengatasi Masalah Tidak Subur Di Kalangan Lelaki

Benarkah bahawa lelaki yang tidak subur ini sukar untuk mendapatkan anak? Biasanya kita dengar tentang kaum wanita yang mengalami masalah ini. Kerana wanita selalu disalahkan dalam hal ini walaupun sebenarnya kalau mengikut kajian peratus ketidaksuburan dan penyebab sukar dapat anak adalah sama antara lelaki dan wanita.

Perihal tentang keadaan lelaki yang tidak subur ini jarang dibincangkan, memang ada wujud masalah ini tetapi mungkin ia tidaklah seperti masalah-masalah ketidaksuburan yang berlaku pada wanita. Bagaimana jika anda hendak tahu bahawa anda subur ke tidak ya kaum lelaki?

 

Ujian Untuk Mengetahui Kesuburan

Jika tidak pasti, anda boleh melakukan ujian kesuburan di hospital pakar yang terpilih dengan membuat analisis sperma dan semen anda. Kita belajar sedikit tentang sperma lelaki di mana ianya mengandungi 3 bahagian yang penting iaitu kepala (mengandungi DNA), mitokondria (tenaga) dan ekor (untuk berenang).

Secara purata, sebanyak 60 juta sperma yang dihasilkan dan terkandung di dalam 1ml air mani.  Syabas kaum lelaki! Memang banyak dan ia sememangnya boleh bertahan selama 48 – 72 jam ketika berada dalam pangkal rahim. Tetapi faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan adalah bilangan sperma yang dihasilkan dan juga keadaan sperma samada ianya normal atau tidak.

Ada masalah kesuburan yang disebabkan oleh sperma yang dihasilkan tidak mencukupi pada seseorang lelaki. Ada juga yang disebabkan oleh sperma yang banyak tetapi tidak berkualiti. Contohnya jika seorang perokok itu mengeluarkan air mani, kebarangkalian spermanya tidak normal adalah lebih tinggi.

Paling pelik sekali adalah apabila ada juga lelaki yang mempunyai masalah apabila air mani mereka langsung tidak mengandungi sperma kemungkinan kerana masalah yang lain contohnya seperti saluran tersumbat.

Masalah Dan Faktor Ketidaksuburan Pada Lelaki

Masalah usia : semakin berusia seseorang lelaki itu maka paras testosterone semakin menurun. Bila hormon ini menurun maka ia secara tak lansung juga menyebabkan pelbagai masalah lain seperti ketidaksuburan.

Masalah pada kalenjar prostat. Kemungkinan lelaki akan mengalami masalah prostate yang membengkak. Ini menyebabkan mereka susah untuk membuang air kecil, merasakan tidak puas kencing dan juga pancutan air kencing tidak laju.

Masalah mati pucuk, di mana tidak berupaya untuk ada ereksi semasa hubungan. Ini ada kaitan dengan masalah tekanan dan persekitaran, ubat ubatan, merokok dan juga alkohol.

Ada juga lelaki yang mengalami masalah kanser prostate dan ini sudah tentu akan menghilangkan segala kelakiannya.

Bagaimanakah Untuk Mengatasi Masalah Tidak Subur Di Kalangan Lelaki?

Pengambilan vitamin tertentu dikatakan boleh membantu dan cadangan vitamin yang perlu diambil adalah seperti berikut:

Vitamin E : pengambilan vitamin e ini dikatakan boleh membantu untuk mempengaruhi dan melancarkan pergerakan sperma. Kalau dulu enjin kancil, sekarang mungkin akan menjadi enjin turbo. Ia  penting kerana walaupun memiliki sperma banyak tetapi kalau kelajuan tak ubah bak kura-kura ia mungkin tidak boleh ataupun ia lambat sampai ke ovum.

Bila sperma lambat sampai ke destinasi, tengah jalan dah mati maka bagaimana hendak senyawa? Vitamin E juga boleh membantu untuk melancarkan saluran darah anda. Faham sahajalah kalau salur darah anda sudah tersumbat tentu sekali akan ada kemungkinan boleh berlaku masalah mati pucuk.

Zink Complex: Ia boleh membantu dalam menambahkan bilangan sperma yang dihasilkan. Kalau sperma lelaki yang dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, silalah cuba zink kerana ia juga boleh membantu untuk “increase sperm count” dan ciri-cirinya.

Biasanya sperma ini ada yang normal dan tidak, jadi yang tidak normal tu kita touch up la sedikit ya encik abang semua bagi kacak sedikit.