Lelaki Ini Beri 5 Tips ‘Confirm Selamat’ Dimarahi Isteri Jika Anda Terlupa Nak Beli Barang Dapur

Pada kaum lelaki, siapa antara anda paling lost sekali kalau ibu atau isteri anda minta tolong belikan barangan dapur? Kalau beli satu dua, barang-barang basic yang kita tahu boleh lagi. Ni ada sayur, buah, barangan mentah yang kita tak pernah dengar pun ada dalam list pesanan dari ibu dan isteri. Aduh macam mana ni..

Lepas dah habis satu round pusing kedai, balik rumah tiba-tiba ada satu barang terlupa nak beli. Bagi para suami tu confirm isteri tarik muka punya kan? Haa, ini taktik ‘selamat’ bagaimana nak mengatasi masalah part isteri tarik muka tu..

Geng suami memang ada problem nak beli barang dapur

Isteri beri senarai barang nak beli di kedai. Kita pergi beli dan elok saja sampai rumah si dia tanya, “Mana *bawang yang saya minta belikan tadi?”

(*) contoh barang yang terlupa beli

Geng Suami, memang biasa jadi macam ni. Nak pula dari 27 jenis barang tu, tertinggal satu je. Kemudian dia tanya macam benda tu sangat besar (dan selalunya memang pun) … Habis nak buat macam mana?

Suami ada pilihan, nak buat malas, “Hmm..dah beli ni guna je la yang ada” . Jawapan macam ni selalunya pasangan balas dengan muka masam. Hati dia pun kadang pedih. Kesian pada isteri yang penat tu.

Habis nak jawab macam mana bang?

Rilek, tenang dan kool, sebab tu kena baca post Survival Suami ni sampai habis. Begini…

Sebaik sahaja isteri tanya soalan-jenis-bang!-ni-barang-tak-cukup-ni!

Kita mesti :-

1- Tunjukan wajah terkejut ya amat! Nak tercengang ke, buntang mata pun boleh , lagi asli siap buat lompat 2 inchi. Ingat! Ekspressi @ bahasa tubuh tak boleh menipu. Dan memang sungguh kita lupa pun, kita tambah kuatkan kesan biar kasi dramatik.

2- Kemudian, pergi dekat barang-barang yang sudah dibeli tu. Semak satu persatu dengan resit belian. Ekspressi muka mesti macam polis buat siasatan CSI.

3- Bila sah tercicir (memang pun kan), terus pandang wajah isteri, beritahu (yang ini penting!) bersama nada tegas seperti seorang suami yang menasihati isteri jangan main api nanti terbakar jari katakan pada dia, “Nak saya pergi beli ke? Saya pergi sekarang!” (tanda seru bukan bermakna [email protected])

4- Waktu cakap, badan kena gerak sikit nak mengarah keluar rumah balik.

5 – Ha! Selalunya dia jawab dengan nada lembut, “Tak apalah, kemudian boleh.”

Tengok, benda yang isteri tanya macam boleh-runtuh-bumi-jika-tak-beli , jadi “It’s ok, Don’t worry” sahaja jadinya. Dia tengok kita bersungguh demi satu barang, demi dirinya, kita sanggup korban masa beratur, memandu ke kedai balik. Itu dia dah cukup suka.

Ini namanya CONCERN dalam bahasa melayunya, ‘Ambil kisah’. Isteri suka bila kita ambil kisah hal mereka. Kita orang lelaki ni jarang nak tunjuk heroic, suka senyap.

Maka, mulai hari ni, suami-suami ‘ambil kisah’ hal isteri. Apa-apa tanya isteri, “Mahu saya tolong apa-apa?” , “Eh! Cantiklah awak tepek bedak kat muka,” “Wah! Tudung baru ke?”