5 Langkah Foreplay Yang Penting Dan Akan Disukai Oleh Setiap Wanita

Hubungan seks seharusnya dilakukan untuk memberikan kepuasan kepada pasangan, tidak kira samada kepada yang lelaki dan wanita. Sayangnya, kebanyakan wanita gagal mencapai kepuasan lantaran foreplay yang diterima tidak mencukupi.

Ada empat tahap seks yang sering dialami oleh seorang wanita, di mana ia dimulai dengan masa membangkitkan nafsu, masa persiapan, orgasme, kemudian resolusi. Foreplay merupakan salah satu faktor penting ketika peringkat awal untuk membangkitkan ghairah.

Pada golongan lelaki, foreplay mampu untuk difokuskan pada area sekitar bahagian kelamin. Sementara pada wanita, hal ini berlaku dengan cara yang sebaliknya. Seluruh tubuh mereka dapat dimanfaatkan sebagai tempat untuk membangkitkan ghairah.

Foreplay dapat diekspresikan melalui sentuhan intim seperti mencium, meraba, memeluk, dan lain-lain. Selain itu, ada pula foreplay yang bersifat mental seperti menggoda, memujuk, atau berbisik.

Ada beberapa langkah foreplay yang tentunya akan disukai oleh setiap wanita, sebagai contoh:

1. Membangunkan hubungan emosi

Wanita memerlukan hubungan emosi dengan pasangannya, terutamanya sebelum berhubungan intim. Berikan perhatian dan waktu yang khusus untuknya. Foreplay mampu bermula sebelum berlakunya aksi seksual pada wanita. Misalnya, dengan mengirimkan pesanan yang penuh cinta pada pagi hari ataupun membelikan makanan kesukaannya pun boleh dikira sebagai perhubungan emosi.

2. Membisikkan kata-kata mesra

Bagi wanita, suara suami itu dapat dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada teknik pemulaan foreplay yang mengghairahkan. Bisikkanlah kata-kata mesra ataupun pujian terhadap dirinya. Apabila masuk ke peringkat seterusnya bolehlah memulakan kata-kata yang berbaur lucah untuk menggoda isteri anda ke ranjang.

3. Mulai dari pelukan

Pelukan yang kemas dan hangat sekitar beberapa minit juga terbukti dapat meningkatkan hormon oksitosin yang akan membangkitkan keghairahan seksual seseorang perempuan. Oleh itu peluklah mereka dengan erat dan penuh kasih-sayang ketika itu sambil membelainya dengan lembut kerana ketika ini setiap wanita mendambakan belaian suaminya.

4. Mengeksplorasi seluruh bahagian tubuh

Lelaki boleh memulakan sesi foreplay ini pada wanita dengan urutan-urutan yang lembut untuk membolehkan wanita itu berasa lebih rileks di sekitar leher, kaki, atau kepala. Kemudiannya  teruskan dengan menyentuh dan mencium hujung jari, kemudian lengan, wajah, kaki, sebelum akhirnya anda sampai ke organ intim.

5. Menyentuh organ sensitif

Jangan terburu-buru untuk anda mencapai organ intim pasangan anda ketika saat foreplay. Dua bahagian tubuh yang biasanya sensitif saat disentuh ketika itu seperti cuping telinga ataupun bahagian belakang lutut, mampu menjadi sasaran untuk anda. Lelaki juga boleh bertanya kepada pasangannya, bahagian tubuh atau cara foreplay yang bagaimana yang diinginkan ketika itu.

Meskipun foreplay adalah sesuatu yang sangat penting setiap kali sebelum berhubungan intim, jangan lupakan juga sesi afterplay. Berpelukan ataupun berbincang sejenak akan menyempurnakan hubungan intim yang telah dilakukan. Setiap wanita akan memerlukan bentuk foreplay yang berbeza-beza. Jangan segan untuk memberitahu hal ini pada pasangan, agar hubungan suami isteri semakin bertambah harmoni.