Jadi, sebenarnya bagaimana perasaan wanita sebelum berkahwin ini? Inilah jawapannya.

Mengubah keutamaan hidup

Menjelang perkahwinan anda secara tidak sedar dan semula jadi akan mengubah diri anda dalam memberi keutamaan kepada sesuatu. Bagaimana tidak, berkahwin adalah salah satu tujuan hidup seseorang. Keutamaan anda mungkin tidak lagi bergaul dengan teman atau pergi dating dengan pasangan anda dua kali seminggu.

Lebih berkompromi

Kompromi adalah salah satu perkara yang paling penting dalam menjaga keseimbangan perhubungan. Sebelum berkahwin lama-kelamaan perasaan wanita yang biasanya sedikit egois akan luntur, kerana janji perkahwinan yang akan selalu menerima keadaan suami walau apapun.

Rasa lebih cantik

Sebelum berkahwin wanita akan rasa lebih cantik berlipat-lipat kali ganda. Ya, ini terjadi kerana dirinya secepatnya akan dipinang oleh lelaki yang mahu untuk menjadi isterinya.

Senang melaksanakan perintah agama

Berkahwin adalah menyatukan dua insan dengan janji pernikahan berdasarkan agama dan sah secara undang-undang. Ini yang ditunggu-tunggu oleh wanita di mana menjadi wanita yang sah secara agama dan undang-undang untuk lelaki yang dicintainya.

Sah menjadi Puan

Seseorang yang akan menikah nantinya akan mendapatkan ‘gelaran’ sebagai orang tuan rumah. Ini juga akan memberi kesan kepada semua hak-hak asasi dan material kerana secara undang-undang sah menjadi isteri kepada seseorang.

Kehidupan seks yang bebas

Sebelum menikah seks merupakan perkara yang tabu untuk dilakukan, namun selepas berkahwin ini merupakan hal yang sangat dianjurkan untuk dilakukan demi meneruskan keturunan.