5 Jenis Senaman Seks Yang Dijangkakan Bagus Untuk Golongan Lelaki

Singkirkan sahaja penggunaan viagra dan pelbagai lagi ubat sebagai penguat libido. Senaman yang teratur terbukti menjadi antara penawar terbaik bagi seorang lelaki yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan seksualnya. Anda tahu bahawa menjalankan aktiviti di luar ruangan adalah bagus untuk kesihatan.

Advertisement

Tapi, apakah anda juga tahu bahawa mengangkat beban di gym juga boleh membantu anda untuk memiliki kehidupan seks yang lebih baik?

Berikut ini lima “senaman seks” yang sangat dianjurkan untuk para lelaki di luar sana, seperti yang disarankan oleh Times of India.

1. Angkat beban

Latihan angkat beban ini membantu dalam mendorong tubuh untuk menghasilkan testosteron, yang merupakan faktor utama bagi dorongan seksual lelaki. Mulakan dengan latihan push-up dan sit-up kerana latihan membentuk otot ini membantu agar seks menjadi lebih baik dengan memperkuat otot bahu dan dada.

Courtesy dari Customer Health Digest

2. Kegel

Kegel ini pula dianggap latihan seks yang baik untuk golongan lelaki kerana ia membantu ketahanan dan kawalan dengan mengencangkan otot pubococcygeus (PC) dan otot pinggul. Caranya hampir sama seperti anda menahan keinginan untuk membuang air kecil. Tahan selama 10 saat, rileks, dan ulangi sebanyak mana yang anda inginkan, asalkan tidak mengganggu aktiviti lain.

3. Yoga

Ingin memanfaatkan kehidupan seks anda dengan beberapa posisi seks yang baru? Yoga memungkinkan anda untuk mencuba kebanyakan posisi kreatif ketika sedang berhubungan seks demi kepuasan yang lebih maksima. Pos yoga yang dapat meningkatkan kemampuan otot pinggul, adalah bow pose, peacock pose, dan shoulder stand.

4. Jalan cepat

Senaman berjalan dengan cepat dianggap mampu untuk membantu masalah mati pucuk kerana ia meningkatkan kitaran dan aliran darah. Hasilnya, anda akan menjadi lebih kuat dan mampu untuk tahan lebih lama ketika mengalami ereksi. Senaman yang memerlukan banyak tenaga, seperti berlari dan berjalan cepat, juga menyebabkan terjadinya pelepasan endorfin dan merilekskan tubuh.

5. Berenang

Dalam kajian di Harvard mendapati fakta bahawa perenang yang usia 60 tahun melaporkan kehidupan seksnya adalah hebat jika dibandingkan dengan lelaki bukan perenang di usia 40-an. Kerana aktiviti seksual ini memerlukan ketahanan yang lebih, berenang pada jarak jauh dapat membantu untuk mengecas tubuh dengan baik.

Kajian terhadap 110 lelaki yang mengalami obesiti dengan ED menemukan bahawa kehilangan hanya 10 peratus dari berat badan, boeh meningkatkan kembali fungsi seksual pada satu di antara tiga lelaki. Dan bukan rahsia bahawa dengan hilangnya lemak tubuh yang berlebihan akan membantu anda untuk mencapai kemuncak yang seks lebih maksima. Anda juga mampu untuk tampil kelihatan lebih menarik dan percaya diri di depan pasangan.

Advertisement