4 Hal Yang Harus Dilakukan Jika Anda Memiliki Keturunan Diabetes

Terdapat beberapa cara yang anda mampu untuk lakukan jika ingin mengurangkan risiko penyakit diabetes anda. Pada dasarnya yang harus anda lakukan adalah dengan cara mengubah gaya hidup anda, termasuk cara dan jadual pemakanan anda agar lebih seimbang dan kurang kalori.

Selain dari mengamalkan rutin pemakanan yang seimbang anda juga juga harus mempunyai jadual senaman teratur kerana dengan mengeluarkan peluh tubuh anda akan menjadi lebih sihat daripada sebelum ini.

Berikut merupakan empat hal yang boleh anda lakukan jika anda memiliki keturunan yang mempunyai sejarah diabetes.

1. Jaga berat badan anda

Berlebihan berat badan merupakan salah satu faktor penting yang dapat menyebabkan anda berisiko untuk terkena diabetes. Obesiti dapat meningkatkan risiko anda hampir 20-40 kali lebih besar untuk menghidapi diabetes. Jika berat badan anda berlebihan, sebaiknya anda menurunkan berat badan secara bertahap sehingga mencapai berat badan normal.

2. Lebih banyak bergerak daripada menonton TV

Gaya hidup yang tidak aktif juga berperanan penting dalam mengembangkan risiko diabetes jenis 2. Sering menggunakan otot anda untuk bergerak dengan kerap agar ia dapat meningkatkan kemampuan otot tersebut untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Hal ini boleh meringankan tekanan pada sel pembuat insulin.

3. Pilih lemak baik daripada lemak jahat

Lemak baik, seperti lemak yang tidak tepu yang dijumpai pada minyak nabati cair, kacang, dan biji-bijian, dapat mencegah anda dari penyakit diabetes. Sedangkan lemak jahat yang dapat anda jumpai dalam bentuk lemak trans pada marjerin, makanan fast food, atau pada makanan yang digoreng, mungkin dapat meningkatkan risiko anda terkena diabetes.

4. Kurangkan daging merah dan hindari daging yang diproses

Beberapa penelitian sudah menunjukkan bahawa pengambilan daging merah dan daging yang diproses dapat meningkatkan risiko diabetes. Mengapa hal ini boleh terjadi? Ini mungkin disebabkan oleh erdapat kandungan zat besi yang tinggi di dalam daging merah yang dapat mengurangkan keberkesanan dari insulin atau juga dapat merosakkan sel-sel yang menghasilkan insulin.

Oleh itu sikap berjaga-jaga harus diterapkan kepada mereka yang mempunyai keturunan yang menghidapi diabetes. Peka terhadap cara pemakanan anda dan seringlah bersenam untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat di samping mengurangkan risiko diabetes secara tidak langsung. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.