5 Punca Yang Menyebabkan Mengapa Kencing Kita Selalu Tak Lawas


- 25 Jan 17
View 3,966 : Today 5

Pernah tak terjadi kepada anda suatu hari ketika anda membuang air kecil, air kencing seperti tidak ada habisnya? Masih lagi keluar dan menitis tidak berkesudahan. Ini boleh menjadi salah satu daripada tanda anda mengalami kencing tak lawas.

Advertisement

Biasanya akan timbul rasa seperti tidak puas selepas membuang air kecil kerana aliran air kencing dirasakan mengecil dan tersekat-sekat. Keadaan ini juga boleh membuat anda berasa tidak selesa, untuk itu tentu anda juga mencari petua untuk menghilangkan masalah kencing tidak lawas.

Walau bagaimanapun, sebelum anda berjaya menemui petuanya, sebaiknya anda juga ketahui punca mengapa kencing tak lawas.

1. Alahan

Ternyata, kebanyakan lelaki yang mengalami kencing tidak lawas ini disebabkan oleh alergi. Alergi tersebut boleh berlaku kerana beberaps sebab, dan salah satunya adalah lendir yang dikeluarkan dari kemaluan wanita ketika berhubungan intim. Oleh kerana itu kebersihan organ intim masing-masing adalah perlu untuk mengelakkan beberapa kemungkinan seperti ini.

2. Kuman

Salah satu kemungkinan yang mungkin juga menyebabkan kencing tidak lawas ini adalah jangkitan kuman. Kuman ini kemudiannya masuk ke dalam saluran kencing lalu menyebabkan saluran kencing tersumbat dan sebagainya. Oleh itu jangan ambil mudah dengan kebersihan seluruh tubuh, lebih-lebih lagi pada organ khusus tersebut.

3. Dehidrasi

Kadangkala jumlah cairan yang ada di dalam tubuh juga turut mempengaruhi keadaan saluran kencing anda. Jika tubuh anda mengalami masalah dehidrasi, maka tubuh hanya mampu menghasilkan air kencing dalam jumlah yang sangat terhad. Oleh sebab itu anda berasa sukar untuk membuang air kecil, dan tentu saja mengalami masalah kencing tak lawas.

4. Bakteria

Di samping kuman, terdapat juga bakteria yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah dengan kencing tak lawas. Bakteria tersebut dinamakan dengan Chlamyda. Bakteria jenis ini selalunya menyerang bahagian sulit wanita, dan sangat kecil kemungkinannya untuk ia menyerang lelaki.

5. Mengandung

Ketika wanita sedang berada dalam keadaan hamil, maka akan terjadi perubahan yang jelas pada tubuhnya. Apabila perut ternyata semakin membesar, maka besar kemungkinan bebanan itu untuk menekan bahagian kantung kencing sehingga mereka akan lebih kerap untuk mengalami kencing tak tuntas.

Semoga perkongsan di atas memberikan manfaat buat anda dan kepada yang mengalami masalah kencing tidak lawas itu, boleh perhatikan jika anda adalah dari kategori atas kerana jika tidak anda harus pergi menemui doktor dengan segera untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Advertisement