Ciri-Ciri Wanita Yang Sedang Dalam Keadaan Ghairah.


- 25 Jan 17
View 14,975 : Today 15

Mengetahui jika seorang wanita itu sedang keghairahan adalah sangat sukar untuk kaum lelaki. Jika untuk kaum lelaki yang sedang keghairahan, mudah saja, cukup dengan melihat bahagian atas seluar yang dikenakannya, sudah adakah bonjolan aneh di sana?

Advertisement

Namun, begitu juga dengan wanita kerana mereka juga mudah terangsang. Mencium aroma wangian pasangannya atau berfantasi dengan aktor idaman sahaja sudah cukup untuk membuat mereka ghairah. Bahkan pada tempoh masa tertentu, wanita boleh menjadi lebih sensitif terhadap rangsangan 10-15 kali ganda dari kebiasaannya.

Jom kita lihat apakah yang jelas tentang ciri-ciri fizikal wanita yang sedang terangsang:

1. Puting payudara mengeras

Sama seperti lelaki, ada bahagian tubuh yang mengeras ketika otak menerima rangsangan sensual. Puting payudara akan mengeras seperti batu menjadi salah satu daripada ciri rangsangan yang telah menerima respon dengan baik oleh otak. Hal ini kerana puting payudara memiliki saraf-saraf yang sangat sensitif terhadap rangsangan.

2. Miss V becak

Adanya wujud lendir pada vagina bukanlah suatu petanda buruk, melainkan ianya adalah menjadi simbol bahawa Miss V sudah bersedia. Lendir yang keluar dari vagina ini berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika penetrasi. Lendir ini keluar juga secara semulajadi, cukup dengan sedikit rangsangan, tanpa perlu bantuan pelincir atau apapun.

3. Klitoris membengkak

Ketika seorang wanita itu menerima rangsangan, klitorisnya juga akan turut mengembang dan membesar. Lebih-lebih lagi ketika bahagian tersebut diberi stimulasi seks oral oleh pasangannya. Keadaannya sama jika anda dan pasangan sedang french kiss. Isapan dan gigitan pada bibir dapat membuat bibir itu membengkak. Hal yang serupa juga terjadi ketika klitoris menerima rangsangan.

4. Miss V mulai melebar

Kaum lelaki seharusnya bersyukur jika melihat Miss V milik pasangannya tidak sempit. Lubang dalam Miss V yang sedang melebar menjadi tanda seorang wanita itu sedang terangsang dan siap untuk dipenetrasi oleh pasangannya. Vagina sememangnya elastik, dapat membesar dan mengecil dengan sendirinya. Itulah sebabnya mengapa bayi mudah untuk keluar melalui lubang Miss V yang mungil.

5. Payudara mengencang

Ya, tak perlu lagi untuk kaum wanita menyuntik silikon untuk membuat payudara lebih pejal! Dalam keadaan teransang payudaranya secara keseluruhan akan menjadi lebih besar dan pejal. Secara sekilas, ukuran payudara pun seolah kelihatan lebih besar. Makanya, tak hairan jika lelaki menjadi ghairah dan senang bermain dengan payudara pasangannya saat berhubungan seks.

Jadi kepada kaum lelaki bolehlah mengamati jika terlihat petanda-petanda ini pada isteri anda – maka ketika itu anda punya peluang yang besar untuk menikmati seks yang menyeronokkan bersama pasangan. Semoga perkongsian ini membantu lelaki di luar sana secara keseluruhannya.

Advertisement