Bunga lavender adalah pembekal utama minyak lavender. Bahan aktif dalam lavender adalah 51 peratus linalool dan 35 peratus linalyl acetate.

Linalool adalah alkohol terpene yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan bau yang kuat pada bunga lavender.

Banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh lavender terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh manusia. Antaranya…

1. Kegelisahan & stres

Terdapat banyak kaedah untuk menggunakan lavender bagi melegakan kegelisahan dan stres. Sebatian organik semula jadi dalam daun dan bunganya boleh digosok antara jari dan kemudian disapu pada pelipis kepala. Cara ini dikatakan boleh melegakan tubuh dan minda, melegakan fikiran gelisah dan menyeimbangkan mood.

Selain daripada cara ini, anda boleh juga merendam teh daun dan bunga lavender. Ia mampu memberikan kesan yang sama. Komponen antioksidan dalam lavender boleh memberikan kesan pada sistem endokrin tubuh untuk merendahkan tahap hormon stres dalam tubuh.

2. Legakan masalah tidur

Jika anda kerap mengalami masalah insomnia, apnea atau sukar tidak nyenyak, ia boleh memberikan kesan serius pada kehidupan. Cubalah merendam beberapa keping bunga lavender dalam air panas. Teh lavender ini telah digunakan untuk mempercepatkan rasa ingin tidur selama beribu tahun lalu. Ini semuanya berikutan dengan kesan bunga terhadap sistem saraf.

3. Berkualiti sebagai antikeradangan

Jika anda menambah bunga lavender ke dalam air mandian dan berendam di dalamnya, dikatakan bahan antikeradangan dalam lavender boleh membantu mengurangkan keradangan pada seluruh tubuh dan melegakan otot-otot yang sakit.

4. Penjagaan kulit

Cara mudah untuk menjaga kulit adalah memenuhkan sebotol penyembur dengan air bunga lavender. Apabila kulit anda rasa kering, semburlah air ini pada kawasan kering tersebut. Ia dapat menyediakan kelegaan cepat pada masalah kulit kering dan rengsa. Cara ini juga boleh digunakan untuk masalah kronik seperti psoriasis, ekzema dan akne.

5. Antiseptik

Jika anda mahu menyembuhkan luka dengan segera dan mengelakkan jangkitan pada luka tersebut, apa kata tampalkan daun lavender yang telah dihancurkan pada luka dan kecederaan yang dialami.

6. Rambut sihat

Jika anda mengalami masalah rambut gugur atau sebarang masalah yang memberi kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut, carilah syampu berasaskan lavender. Pilihan lain adalah merendam bunga lavender dan gunakan air tersebut untuk mencuci rambut. Ia akan berfungsi sebagai syampu dan akan merangsang kesihatan folikel rambut.

7.  Mencegah kembung & masalah pencernaan

Polifenol yang terdapat dalam lavender memiliki pelbagai kesan pada tubuh, termasuklah kesan antipenuaan. Ia juga mampu membantu mencegah pembentukan bakteria berbahaya dalam perut. Apabila pengumpulan angin dalam perut telah dapat dicegah, ia mampu mengurangkan masalah kekembungan, perut tidak selesa dan menghapuskan kekejangan. Anda boleh mengunyah daun lavender atau minum teh lavender bagi mendapatkan kesan yang diinginkan.