Cara Untuk Anda `Bermain-Main` Dengan Puting Milik Kaum Lelaki

Bermain dengan puting milik kaum lelaki mungkin menjadi suatu hal yang sangat aneh yang boleh dilakukan saat pasangan berada di ranjang. Tapi, ada ramai juga kaum lelaki yang meyukai puting dada mereka dimainkan oleh pasangannya. Puting adalah merupakan kawasan yang sangat sensitif, baik pada kaum lelaki mahupun wanita.

Ketahuilah dengan teknik bersesuaian seumpama mencium, sentuhan pada puting lelaki boleh menyebabkan mereka berasa longgar lutut. Sama seperti bahagian tubuh lainnya, puting lelaki juga memiliki pelbagai ukuran dan bentuk. Jika suami anda inginkan anda bermain dengan putingnya, anda harus tahu cara yang betul untuk melakukannya.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu wanita saat sedang bermain dengan puting suaminya:

1. Sensitifnya Puting

Puting kaum lelaki sebenarnya sama sahaja dengan wanita. Ada berbagai tingkat sensitiviti di puting yang akan mempengaruhi tingkat keghairahan dan rasa sakit yang dirasakan oleh lelaki. Kebanyakan lelaki mungkin terlampau kasar saat mereka menyentuh daerah sensitif itu sehingga membuatkannya sedikit sakit.

2. Tanyakan kepada suami jika dia suka atau tidak

Tak ada cara yang lebih hebat untuk mengetahui adakah suami anda suka dengan menanyakan kepadanya. Tanyakan jika suami menggemari bagaimana anda memainkan putingnya. Mintalah pada suami untuk menjelaskannya secara spesifik. Lelaki mungkin akan berasa sedikit gugup pada awalnya, tapi ia akan berubah kemudiannya.

3. Gigitan

Menggigit mampu membuatkan lelaki `keghairahan, namun jika terlalu berlebihan ia akan menjadi tidak baik. Jika pria anda ingin anda menggigit putingnya, pastikan anda tidak menggigitnya dengan keras kerana itu akan membuatkannya berlari keluar darikamar. Selain itu, gigitan terlalu kasar akan membuatkannya mendapat pengalaman yang tak menyeronokkan.

4. Bervariasi

Tak ada lelaki yang suka dengan gerakan sama secara berulang-ulang. Ketika wanita bermain dengan puting lelaki, pastikan dia mendapatkan lebih banyak variasi dari permainan anda. Tarik putingnya sedikit dan kemudian lepaskan. Anda bisa menciumnya atau menghisapnya tetapi bukan secara gelojoh.  Lelaki yang ingin putingnya `dimainkan` biasanya sangat berfikiran terbuka.

5. Ekstrem

Ada beberapa lelaki di luar sana yang inginkan anda bertindak ekstrem. Hati-hati dengan jenis yang ini. Kebanyakan lelaki beberfikir ingin melakukannya namun setelah keduanya selesai, baru menyedari ia adalah idea yang buruk. Jika pasangan lelaki anda mengatakan ingin melakukannya, pastikan anda pula tak terlalu ekstrem.

Bermain dengan puting lelaki bukan hanya bererti anda menggigit atau mencubit dengan kasar kerana ia juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dan kecederaan pada tubuh mereka. Jangan mencuba sesuatu yang ekstrem kecuali jika suami anda itu memberitahu bahawa dirinya baik-baik sahaja.