Rawatan Fisioterapi Untuk Sindrom De Quervain


- 25 Jan 17
View 274 : Today 1

Sindrom De Quervain adalah antara keadaan yang paling biasa yang menyebabkan sakit di pangkal ibu jari. Dua tendon yang terlibat adalah extensor pollicis brevis dan abductor pollicis longus. Tendon bersalut dalam “sarung” atau terowong di pergelangan tangan. Sindrom De Quervain boleh berlaku secara beransur-ansur atau tiba-tiba apabila tendon menjadi bengkak atau menebal hasil penggunaan berulang-ulang menyebabkan kesukaran pergerakan melalui terowong yang disalutinya.

Advertisement

Bengkak pada tendon dan sarung tendon, boleh menyebabkan kesakitan dan ketegangan di sepanjang pangkal ibu jari. Sakit akan meningkat apabila membuat genggaman pada jari tangan, menggenggam sesuatu atau apabila memusing pergelangan tangan.

Apakah Punca Sindrom De Quervain

  • Sindrom De Quervain mungkin disebabkan oleh penggunaan yang berulang-ulang.
  • Sebarang aktiviti melibatkan penggunaan tangan yang berulang atau pergerakan pergelangan tangan, seperti berkebun, bermain golf, sukan raket atau mengangkat bayi anda boleh membuat simptom bertambah teruk.
  • Berhubung-kait dengan kehamilan.
  • Kecederaan secara langsung pada pergelangan tangan atau tendon anda; parut boleh menyekat pergerakan tendon.
  • Radang sendi, seperti Atritis Reumatoid.

 

Apakah Gejala Sindrom De Quervain?

  • Sakit dan bengkak di sekitar pangkal ibu jari. Sakit boleh merebak sehingga ke lengan.
  • Sensasi “catching” atau “menyentap” boleh dirasai apabila menggerakkan ibu jari.
  • Mempunyai kesukaran membengkok ibu jari.
  • Mempunyai kesukaran mencubit atau menggenggam dengan ibu jari atau tangan.
  • Rasa sakit apabila mengerakkan pergelangan tangan dari sisi ke sisi atau berpusing.
  • Pengalaman pergerakan yang terhad dan rasa kelemahan pada ibu jari.
  • Aktiviti melibatkan mencubit atau menggenggam dengan ibu jari membuatkan gejala lebih teruk, contoh, menulis, membuka balang, mengangkat seorang kanak-kanak, mengetuk dan bersukan.
  • Kebas sepanjang belakang jari telunjuk dan ibu jari (akibat saraf yang terganggu berada di dalam sarung tendon).

 

 

Bagaimana Ia kesan?

Juru fisioterapi anda akan menjalankan ujian Finkelstein, dengan meregangkan tendon dengan perlahan pada ibu jari dan pergelangan tangan melalui terowong extensor itu. Sakit semasa ujian ini menunjukkan tanda positif.

 

Faktor Risiko Mengalami Sindrom De Quervain terdiri daripada :

  • Umur lebih dari 40 tahun.
  • Penggunaan tangan yang kerap.
  • Kondisi adalah lebih kerap di kalangan wanita.
  • Kehamilan. Kondisi mungkin berhubung-kait dengan kehamilan.
  • Penjagaan Bayi. Mengangkat anak anda berulang kali melibatkan penggunaan ibu jari anda.
  • Penyertaan aktif dalam sukan yang melibatkan tekanan pada tangan dan pergelangan tangan, seperti golf dan tenis.

 

Senaman untuk Sindrom De Quervain

Regangan pada ibu

 

Regangan pada pergelangan tangan

 

Senaman mobiliti pergelangan tangan

Komplikasi

Sindrom De Quervain yang tidak dirawat, mungkin menurunkan fungsi tangan dan mengurangkan jarak pergerakan sendi pada tangan.

Rawatan Fisioterapi

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada tangan anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian apabila gejala beransur pulih.

Rawatan boleh terdiri daripada:

  • Rawatan Ais
  • Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
  • Senaman untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti pada ibu jari dan pergelangan tangan.
  • Taping (Plaster)
  • Pendidikan (Elakkan pergerakan yang berulang-ulang pada ibu jari atau pergelangan tangan, elakkan penggunaan tenaga yang kuat pada tangan yang meningkatkan rasa sakit, elakkan meletakkan tangan anda dalam kedudukan yang salah semasa menggunakan tangan)

 

 

Teknik Taping

Kesimpulan

Dengan rawatan fisioterapi yang sesuai, kes akut Sindrom De Quervain biasanya pulih dalam masa beberapa minggu, manakala kes kronik akan mengambil masa lebih dari 6 bulan. Oleh itu, intervensi awal adalah penting untuk mempercepat pemulihan. Pembedahan adalah jarang kecuali rawatan konservatif tidak membantu.

Rujukan

  • Diambil 26 June 2015 www.moveforwardpt.com/SymptomsConditionsDetail.aspx
  • Papa, J.A. 2012. Rawatan konservatif untuk De Quervain’s stenosing tenosynovitis: laporan kes. J Can Chiropr Assoc,  56(2): 112-120
  • Wheeless, Clifford. 2012.”De Quervain’s Disease.” Wheeless’ Textbook of Orthopaedics.  Wheeless’ Textbook of Orthopaedics. 13 Jun. 2010. Duke Orthopaedics. 6 Oct. 2010 <www.wheelessonline.com/ortho/dequervains_disease>.

 

 

View 274 : Today 1
Advertisement