Cara Hilangkan Batu Karang Agar Buah Pinggang Tidak Rosak


- 26 Jan 17
View 619 : Today 3

Batu karang ni sering akan dikaitkan dengan buah pinggang. Ini kerana kehadiran ketulan batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang sudah mula mengalami kerosakan. Sebab itulah pesakit batu karang perlu mendapat rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat dielakkan.

Advertisement

Selain daripada itu, mereka juga perlu menjaga pemakanan dan mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang. Sebenarnya terdapat banyak tips dan petua samada yang tradisional atau moden untuk menghilangkan batu karang ni.

Berikut adalah antara petua yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit batu karang ini dari berulang.

1)  Timun

Dari hasil kajian mengenai ekstrak timun atau Cucumis sativus yang dijalankan ke atas seekor tikus boleh disimpulkan jika tumbuhan ini didakwa mempercepatkan proses pembubaran batu. Herba ini juga dipercayai mengurangkan pembentukan batu apabila digunakan sebagai rawatan pencegahan.

2) Misai Kucing

Beberapa kajian juga telah menunjukkan bukti saintifik tentang bagaimana misai kucing digunakan dalam rawatan batu buah pinggang dan gout. Gangguan larutan asid urik juga boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.  Dalam eksperimen yang dijalankan ke atas tikus, misai kucing juga dipercayai dapat mengurangkan tahap asid urik

3) Empulur Jagung

Ambil 7 tongkol jagung yang telah pun dibuang isinya terlebih dahulu. Rebus empulur jagung tersebut dengan menggunakan 5 gelas air sehingga menjadi 2.5 gelas. Minum air tersebut 3 kali sehari secara berterusan.

4)Tanjung

Dalam satu kajian di India yang dijalankan ke atas tikus yang mana dirangsang untuk membentuk batu dalam buah pinggang, ekstrak alkohol dari tumbuhan tanjung Bunga Tanjung didakwa boleh membantu dalam mengurangkan dengan ketara pembentukan batu karang dengan mengurangkan tahap kreatinin, asid urik dan urea dalam darah.

Diharapkan perkongsian dapat membantu anda untuk mendapatkan rawatan alternatif bagi mengelakkan pembentukan batu karang. Ketahuilah bahawa batu karang adalah jenis penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan hidup anda menderita. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin tips di atas untuk membasminya.

Advertisement