Tidak Sangka Bahawa Kacang Murunggai Miliki Khasiat Mengagumkan

Kacang Murunggai cukup terkenal sebagai makanan kegemaran di kalangan masyarakat india. Berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang mana nama saintifiknya adalah Moringa Olifela. Masyarakat Malaysia menamakannya murunggai ataupun kelor.

Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang sangat mengagumkan dan memberi banyak manfaat kepada manusia. Ia ditanam secara meluas di beberapa negara seperti di India,Ethiopia, Filipina,Africa,Amerika latin dan kepulauan Pasifik.

Pokok moringa juga mampu untuk mencapai ketinggian sehingga 10 meter dan ia sesuai untuk ditanam di tanah kering serta berpasir. Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa agak kurang diketahui oleh masyarakat Melayu,mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini.

Moringa mengandungi pelbagai vitamin A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan. Ia sangat berguna dalam aspek lumpuh, inflamasi, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas dan penyakit paru-paru.

Daunnya juga sangat berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna pakai sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke-sembilan belas.

Kajian terkini telah mendapati bahawa Moringa juga mengandungi Cytokinin. Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat membantu untuk meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.