5 Kunci Untuk Anda Bertukar Menjadi Lelaki Yang Trendi Di 2017

Memasuki tahun baru, selalu ada ramalan tentang penggayaan atau penampilan tertentu yang akan menjadi tren unttuk setahun yang akan datang. Bukan hanya pada wanita, ternyata lelaki juga turut mempunyai ramalan gaya busana yang bakal menjadi trend di 2017.

Lelaki juga ingin dianggap sebagai ikon gaya. Namun yang pasti, menjadi seorang ikon gaya tidak boleh dipilih secara sembarangan. Ada beberapa aturan yang harus difahami dan diikuti agar boleh menjadi lelaki paling trendi sepanjang 2017.

  1. Corak ‘tentera’

Sepanjang 2016 lalu, blue navy dan green army jadi sudah mula mengambil alih pilihan gaya. Jangan simpan dulu baju-baju ini, kerana kedua warna ini diramalkan akan masih bakal menjadi trend untuk tahun hadapan juga. Namun selain warna tersebut, warna cerah dan motif kotak-kotak juga bakal mewarnai 2017.

  1. Monokrom

Warna monokrom seperti hitam, putih, kelabu juga akan bernilai kembali serta menjadi kegemaran ramai mulai setahun ke hadapan. Pilihan warna neutral ini akan tetap menjadi suatu alternatif utama di tengah meriahnya trend pelbagai warna dan corak setahun ke hadapan.

  1. Perkembangan athleisure

Pakaian olahraga atau athleisure akan turut menjadi pilihan yang cukup digemari oleh ramai lelaki sepanjang 2016. Hal ini terjadi seiring dengan meningkatnya kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Di tahun 2017, dunia athleisure diramalkan akan semakin berkembang. Kategori pakaian sukan kini bukan hanya untuk berkegiatan kecergasan, namun akan lebih meluas hingga menjadi pemakaian harian dengan campuran pengaruh gaya terkini.

  1. Versi baru tuksedo

Selamat datang kepada penampilan lelaki yang klasik! Bagi lelaki yang gemar untuk berdandan rapi maka inilah waktu terbaik buat anda untuk bersinar. Di tahun 2017, gaya tuksedo akan kembali popular. Diramalkan bahawa tuksedo dengan gaya double-breasted jacket dengan warna blue navy dan putih akan banyak menjadi pilihan kaum lelaki.

  1. Denim tak lagi santai

Selama ini, denim selalu sinonim dengan acara yang santai dan jauh dari kesan formal. Kelihatannya pada tahun hadapan denim akan berkembang ke arah gaya formal. Kombinasi pakaian formal dengan denim dan sedikit gambungan formal dan kasual. Hal ini akan semakin membuka pandangan anda tentang kelas berganda dari denim.

Admin yang tidak reti nak berfesyen ini pun sudah mula pandai bereksperimen sedikit takut dikatakan ketinggalan zaman. Anda pula bagaimana? Adakah dari kalangan yang sering mengikut trend semasa?