6 Alasan Seks Mampu Untuk Melindungi Anda Dari Pelbagai Risiko Penyakit

Seks bukan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu di antara dua insan bernama manusia semata-mata. Lebih dari itu, seks juga jika menurut penelitian, juga dapat mendatangkan berbagai manfaat kesihatan secara tidak langsung.

Seperti antara lain yang dirungkaikan oleh laman Times of India, ada beberapa alasan mengapa seks dapat melindungi anda dari pelbagai risiko penyakit. Di samping memperolehi kepuasan seksual anda juga turut mendapat manfaat kesihatan, dua dalam satu kiranya.

Berikut enam di antaranya:

  1. Seks membuat kualiti tidur lebih baik

Selepas berhubungan seks, seseorang biasanya akan mendapatkan tidur yang lebih nyenyak. Ini adalah kerana ketika berhubungan intim, tubuh membebaskan hormon oksitosin yang membuat tubuh merasa bahagia, sehingga mempengaruhi pula pada kualiti tidur seseorang secara keseluruhan.

  1. Seks adalah bentuk lain dari senaman

Berhubungan seks adalah salah satu bentuk aktiviti fizikal yang melelahkan juga. Sama seperti senaman, seks akan memicu pembakaran kalori, sehingga anda akan berpeluh setelah selesai melakukannya. Penelitian menunjukkan, seks selama 15 menit yang dilakukan secara tiga kali dalam seminggu, dapat membakar sekitar 7.500 kalori dalam setahun.

  1. Seks meningkatkan harapan hidup seseorang

Ketika seseorang itu mengalami orgasme, maka tubuh secara automatik mengeluarkan hormon dehydroepiandrosterone. Hormon ini mempunyai peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melawan inflamasi penyebab berbagai penyakit. Kajian juga menyebutkan bahawa lelaki yang rutin berhubungan seks setiap minggu, mampu untuk hidup lebih lama.

  1. Seks meredakan rasa sakit

Saat berhubungan seks, tubuh akan banyak melepaskan hormon, salah satunya adalah endorphin. Hormon ini bertindak untuk meredakan rasa sakit. Kajian yang dilakukan oleh Gina Ogden menunjukkan bahawa selama rangsangan seksual dan khususnya di saat orgasme, seseorang tidak akan merasakan sakit.

  1. Mencegah masalah mati pucuk

Sebanyak 50 peratus lelaki yang berusia di atas 40 tahun yang mengalami masalah mati pucuk mencari pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut. Padahal, ada cara mudah untuk mengatasinya, yakni dengan berhubungan seks secara teratur. Menurut penelitian, seks dapat melancarkan sistem peredaran darah sehingga mengatasi mati pucuk.

  1. Meredakan tekanan

Seks juga mampu untuk menjadi cara yang paling mudah untuk mengatasi tekanan. Pasalnya, saat berhubungan seks tubuh akan menghasilkan dopamin, hormon yang dapat melawan tekanan. Jadi, masih ada alasan untuk melewatkan kegiatan berhubungan seks yang penuh dengan manfaat ini?

Oleh itu mulakanlah kehidupan seks yang lebih sihat bersama pasangan kerana telah terbukti mempunyai hubungan seks secara teratur boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan anda. Jadi mulakanlah pada hari ini, admin jamin anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.