Bahaya Jika Sebarangan Mengambil Ubatan Untuk Masalah Seks


- 27 Jan 17
View 673 : Today 1

Definisi mati pucuk ialah apabila seseorang lelaki itu mengalami kegagalan alat kelamin yang menyukarkannya untuk berfungsi ketika melakukan hubungan kelamin.

“Paling penting lelaki tidak boleh mengambil sebarang ubat tanpa berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana banyak yang perlu diambil kira.

Advertisement

Ini termasuk untuk mengetahui tentang tahap kesihatan sama ada menghidap penyakit yang tidak membolehkan anda mengambil ubat itu, dos, fungsi ubat, cara pengambilan dan pelbagai lagi. Sekiranya salah ia boleh membahayakan nyawa anda.

“Bagi lelaki, mati pucuk atau kegagalan untuk melakukan hubungan kelamin adalah suatu tragedi yang tidak ingin untuk dilalui oleh sesiapa pun,” katanya. Jika ia sangat penting kepada mereka kenapa lelaki masih enggan berjumpa dengan doktor?

“Malu. Mereka lebih rela menggunakan ubat-ubatan yang banyak diiklankan di tepi jalan atau di laman sosial supaya orang tidak tahu. Lebih merisaukan apabila lelaki cukup berani untuk menyuntik alat kelamin mereka dengan ubat atau minyak yang mendakwa dapat ‘membantu’ masalah mereka,” katanya.

Kita biasa mendengar tentang lelaki yang mengambil ubat makan, juga tanpa bertemu doktor tetapi kini keberanian mereka semakin bertambah.

“Sebenarnya, jika mereka bertemu doktor ia boleh diatasi. Mungkin masalah mereka tidak sebesar mana. Kami hanya perlu untuk memeriksa bagi mengetahui tahap kesihatan dan apa yang perlu untuk mereka. Mungkin mereka hanya memerlukan rawatan oral,” katanya.

Selepas diperiksa, tahap bantuan yang perlu diberi mungkin akan diketahui dengan mudah. Sama ada hanya memerlukan ubatan oral atau bantuan alatan dan suntikan yang selamat. Pada tahap ketiga barulah akan dicadangkan jika perlu untuk bantuan pembedahan dan implan. Itu pun selepas dikenal pasti.

Advertisement