Kenapa Lelaki Perlukan Urutan Saraf

Rasa lenguh badan akibat kerap bersukan dan ke gimnasium? Mungkin buat mereka yang baru pertama kali melakukan terapi ini menganggap ia sekadar urutan badan biasa.

Sebaliknya urutan saraf ini bukan sahaja memberikan lebih kelegaan selepas penat bekerja, malah mampu menyembuhkan segala masalah yang berkaitan saraf.

BAGAMANA TERAPI SARAF MAMPU MEMBERI KESAN KEPADA PESAKIT?

Tugas saraf berfungsi menyelaraskan kerja-kerja dalam badan seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.

Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna. Badan manusia terdiri daripada beribu-ribu saraf kecil dan besar.

Terapi saraf juga dapat memberi kesan segera buat pesakit tidak kronik dan bagi yang kronik dapat dibantu seawal tiga kali rawatan.

KELEBIHAN

1.Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.

2.Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.

3.Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan.

4.Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul dan terseliuh.

PERBEZAAN TERAPI SARAF DAN SPORT MASSAGE, MANAKAH LEBIH MEMBERIKAN KESAN?

Terapi saraf  merangkumi saraf otot sendi tulang manakala sport massage lebih memberi tumpuan pada  muscle dan tisu.

Terapi saraf lebih memberi kesan kerana ia bersifat menyeluruh.

SIAPAKAH INDIVIDU YANG PERLU MELAKUKAN TERAPI INI?

Tugas saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.

Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna. Badan manusia terdiri daripada beribu-beribu saraf kecil dan besar.

Oleh kebanyakan manusia menjalani corak kehidupan yang berbeza, maka setiap di antara kita mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah sakit dan sengal badan.

BERAPA KERAP SESEORANG ITU PERLU MELAKUKAN TERAPI INI?

Dua minggu sekali bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta dapat meningkatkan hormon bagi lelaki dan wanita.

ADAKAH TERAPI INI DIJALANKAN MENGIKUT JENIS PENYAKIT PESAKIT?

Terapi saraf dijalankan dan difokuskan mengikut penyakit, walau bagaimanapun ianya biasanya dirawat seluruh badan bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.

KESAN AWAL SELEPAS MENJALANI TERAPI INI?

Badan akan rasa lebih segar dan ringan dengan permasalahan seperti sakit tengkuk, pinggang atau lutut. Bagi sesiapa ada sakit lutut juga akan hilang setelah rawatan.

KENAPA SESEORANG ITU PERLU MELAKUKAN TERAPI INI?

Terapi saraf amat disarankan kerana ia membantu menjalankan perjalanan darah agar penyakit tidak bertambah teruk sehingga boleh mengakibatkan mild stroke dan penyakit kronik yang lain.