Bila Isteri Lebih Kaya Dari Suami, Apa Tindakan Anda Sebagai Suami?

Dalam sebuah perkahwinan, kadang kala timbulnya persaingan di antara pasangan. Sikap ingin menonjolkan diri wujud ketika berada di kalangan teman-teman hingga berusaha menyaingi pasangan anda dalam hal  karier dan mendapatkan kejayaan yang lebih tinggi.

Demi menyaingi kejayaan suami, anda berusaha keras meningkatkan karier dengan sering bekerja hingga lewat malam.

Bukan saja anda mengorbankan kesihatan, malah tidak lagi mempunyai cukup masa untuk bersama pasangan anda.

Soal  pada diri, sampai bila anda akan terus membiarkan rasa iri hati dengan kejayaan suami menguasai anda.

Mungkin sudah tiba masanya untuk jujur pada diri anda sendiri dan merenungkan kembali apakah yang anda lakukan selama ini lebih berharga dari apa yang anda usahakan.

Cubalah untuk mengingati mengapa anda  memilih suami sebagai pasangan. Tentu suami mempunyai kualiti yang anda sukai.

Adakah penampilannya, prestasinya, budi pekerti membuat anda jatuh hati dan merasa bahagia dengan kehadirannya. Demikian juga yang mungkin dirasakan suami.

Bila tidak diberi perhatian dan dipelihara, maka perasaan seperti ini akan pudar, begitu juga kehangatan dalam hubungan anda berdua.

Berbahagialah dengan prestasi pasangan dan saling sokong menyokong, hubungan anda berdua akan bertambah erat.

Hidup bersama pasangan seharusnya saling perlu memerlukan dan mengisi, bukan bersaing. Perkara ini bakal mengancam keutuhan keluarga anda.

Seolah-olah pasangan hidup anda bukan menjadi pendamping bersama, sebaliknya menjadi sparring partner untuk meningkatkan kemampuan anda ‘bertarung’.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah bersaing dengan diri sendiri. Anda tidak perlu mengalahkan diri pasangan.

Tentangan anda yang sesungguhnya adalah tentangan untuk mengendalikan diri.