Fakta Menarik Mengenai Feromon, Zat Pemikat Untuk Lawan Jenis

Pernahkah anda mendengar mengenai feromon? Apakah sebenarnya feromon ini kepada anda dan pasangan anda? Apakah anda mengetahui cara bagaimana zat ini bekerja dan mampu untuk meningkatkan ghairah anda terhadap pasangan anda?

Feromon adalah sejenis zat kimia yang berfungsi untuk merangsang dan memiliki daya pemikat secara seksual pada lelaki mahupun perempuan. Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai hal tersebut, seperti yang ditafsirkan dari Boldsky.

Fakta 1

Apakah anda pernah merasakan sesuatu yang sangat berbeza saat mencium aroma tubuh pasangan anda? Atau merasa sangat selesa saat berada di dalam pelukannya, kerana anda mampu untuk menghirup aroma tubuhnya dengan mendalam? Nah, inilah bagaimana hidung anda bertindakbalas menganalisis seseorang pada waktu tersebut.

Fakta 2

Kita semua mampu untuk mengeluarkan zat kimia tertentu yang disebut sebagai feromon. Pada lelaki ia lebih dikenali sebagai androsterones yang mengirim signal ‘kahwin’ pada lawan jenis. Ya, malah tubuh anda juga sibuk mengirimkan isyarat yang sama ketika anda berada dekat dengan pasangan.

Fakta 3

Jika anda menolak kehadiran orang lain atau tidak berasa tertarik dengan seseorang, maka tubuh anda memberikan isyarat dengan tidak mengirimkan zat kimia feromon tersebut kepada mereka yang anda tidak berminat.

Fakta 4

Tapi tunggu dulu, anda tidak dapat mencium zat kimia ini. Anda hanya mampu untuk merasakannya. Meskipun hidung anda boleh mengesannya, proses tubuh tertentu yang lainnya akan dapat menganalisis zat kimia untuk mengetahui apakah itu sebenarnya peluh atau feromon.

Fakta 5

Ketika proses tersebut selesai, otak anda akan mendapatkan isyarat yang kemudiannya akan menimbulkan emosi. Itulah sebabnya mengapa anda akan merasa lebih baik ketika lebih dekat dengan seorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan feromon.

Jadi adakah perkongsian ini membantu anda? Jika ya kongsikan dengan teman-teman anda agar mereka juga mengetahui tentang apa itu feromon dan bagaimana cara ia berfungsi. Semoga ia memberikan manfaat yang berguna buat anda.