Hormon Seks Boleh Membuatkan Lelaki Lebih Dekat Dengan Tuhan

Pernahkah anda terfikir mengapa kaum lelaki sering berteriak nama Tuhan di saat mereka mencapai kemuncak seksual ketika berhubungan seks? Sebuah kajian terbaru kini mampu untuk menjelaskan kepada anda alasan unik di sebalik hal ini.

Oleh sebab itu anda mungkin akan perasan setiap kali seorang lelaki itu mendapat kenikmatan seksual mereka akan berkata “Oh Tuhan” atau “Oh my God’ seperti yang sering kita lihat dalam adegan seks melalui drama antarabangsa.

Menurut kajian tersebut, hormon seks ternyata mampu untuk membuatkan kita merasa lebih dekat dengan Tuhan, terutama pada kaum lelaki.

Peneliti melihat peranan oksitosin, iaitu hormon yang dikeluarkan saat berhubungan seks, yang mana ia dapat meningkatkan ikatan sosial, kepercayaan dan bahkan altruisme dan ia terjadi secara semulajadi dari dalam tubuh.

Para penyelidik di Duke University juga berhasil menemukan bahawa lelaki yang dianugerahi dengan lebih banyak hormon tersebut, mungkin mengatakan bahawa kerohanian adalah suatu hal yang penting dalam kehidupan mereka dan agar kehidupan mereka memiliki erti, serta tujuan.

Menurut pembantu penyelidik Patty Van Cappellen, kerohanian dan meditasi masing-masing telah dikaitkan dengan kesihatan dan kesejahteraan dalam penyelidikan yang sebelumnya.

“Kami cukup tertarik untuk memahami apakah faktor-faktor biologi yang dapat meningkatkan pengalaman spiritual,” kata Patty seperti dipetik dari Times of India.

Oksitosin, tambah Cappellen, nampaknya juga menjadi sebahagian daripada cara untuk tubuh kita mendukung keyakinan kerohanian.

Wah menarik juga penemuan kali ini, jadi sememangnya kaum lelaki ini lebih tinggi kebergantungannya dengan kerohanian ketika berhubungan seks. Namun begitu persoalannya adakah ini berupaya untuk membuktikan jika seseorang itu benar-benar haatinya dekat dengan Allah?