Lakukan Hal Ini Jika Pasangan Anda Menderita Herpes Genital

Berhubungan seks dengan pasangan yang memiliki herpes genital, bukanlah suatu hal yang tak mungkin. Malah, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit di Amerika, terdapat satu dari enam orang yang memiliki penyakit ini.

Jadi, apa yang harus kita lakukan ketika mengalami hal ini? Apakah mereka berbahaya dan boleh menjangkiti kita penyakit tersebut terutamanya ketika berhubungan seks?

Penasihat Kesihatan Seks Lelaki, Debby Herbenick, Ph.D mengatakan, kini terdapat cara mudah untuk berhubungan seks dengan orang yang memiliki penyakit herpes genital, dan dapat menurunkan kemungkinan untuk anda dijangkiti.

Pertama, mengetahui lebih banyak informasi serta kesedaran tentang penyakit ini dan bagaimana herpes genital ini mampu untuk merebak.

Ramai orang yang tidak tahu, bahawa herpes ini dapat merebak melalui sentuhan dari kulit-ke-kulit dengan lesi (daerah yang terluka atau cedera, yang kadang-kadang dapat muncul di tempat-tempat yang tidak ditutupi kondom), serta melalui sentuhan antara genital dan aktiviti seks oral, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit.

Sebenarnya, yang paling umum bagaimana herpes ini boleh merebak ke pasangan adalah melalui jangkitan dari luka yang tidak kelihatan.

Anda juga boleh meminta pasangan anda untuk bersedia berbicara dengan doktor, agar mendapatkan ubat antivirus, seperti Valtrex.

Penelitian telah menunjukkan bahawa hal tersebut mampu untuk mengurangkan kemungkinan mendapatkan gejala yang lebih parah, seperti dari luka dalaman, menghindari gejala yang berkaitan dengan lesi dan menghilangkan risiko ianya untuk merebak.

Yang terakhir, penting untuk anda berdua untuk menggunakan kondom dengan tepat dan konsisten.

“Meskipun menggunakannya tidak memberikan anda berdua perlindungan menyeluruh terhadap herpes, namun kondom dapat membantu secara jelas dan mengurangkan risiko anda,” kata Herbenick.

Ia juga menambah bahawa sentuhan pelincir yang digunakan di luar kondom akan membuatkan hubungan seks anda merasa lebih baik bagi anda berdua.