Metabolisma, Faktor Utama Yang Membantu Membakar Lemak?

Tentu ramai yang masih berasa keliru dan tidak memahami akan hal ini. Sebab itulah kita begitu mudah terpedaya dengan ‘janji manis’ yang ditawarkan oleh produk2 pelangsingan dan juga alat pelangsingan. Itu semua alatan yang tidak menjanjikan hasil jika anda tidak faham bagaimana metabolisma bekerja di dalam diri anda.

Baiklah kini kami akan kongsikan dengan anda semua beberapa fakta yang penting berkaitan metabolisma agar anda berjaya dalam program penurunan berat badan dengan berkesan.

1) Metabolisma dipengaruhi oleh otot dan lemak?

Semakin banyak otot-otot yang anda miliki pada tubuh anda maka akan semakin tinggi metabolisma yang ada di dalam diri anda. Semakin banyak lemak yang anda ada pula memungkinkan semakin rendah metabolisma yang ada dalam badan anda.

2) Diet yang dapat meningkatkan metabolisma?

Metabolisma selalunya dipengaruhi oleh pemgambilan diet yang tinggi kadar protein. Kerana kajian mendapati bahawa tubuh badan kita ini sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak untuk prosesmenghadamkan protein yang kita ambil.

3) Wanita lebih tinggi metabolisma dari lelaki?

Sebenarnya anggapan itu adalah salah kerana lelaki mempunyai lebih tinggi kadar metabolisma dari wanita kerana jisim otot yang dimiliki oleh lelaki adalah lebih dari wanita. Dan sememangnya lelaki akan memerlukan lebih banyak metabolisma kerana tugas yang dilakukan adalah lebih berat.

5) Apakah faktor yang mempengaruhi metabolisma?

Sebenarnya metabolisma boleh dipengaruhi oleh banyak faktor dalaman mahupun luaran. Tapi faktor yang begitu ketara adalah dari segi genetik, umur, jantina dan gaya hidup. Gaya hidup yang aktif semestinya akan memiliki metabolisma yang jauh lebih tinggi berbanding individu yang pasif.

6) Metabolisma dikawal oleh?

Tiroid adalah merupakan kelenjar yang berfungsi untuk merembeskan beberapa hormon penting. Hormon yang dihasilkan tersebut akan menentukan seberapa pantas kalori yang dapat dibakar oleh badan anda. Jika kelenjar anda tidak berfungsi ia akan sukar untuk memacy metabolisma anda.

7) Makanan pedas dapat tingkatkan metabolisma?

Jika anda perasan apabila kita memakan makanan yang pedas, badan kita akan mengaktifkan proses yang dikenali sebagai thermogenesis. Proses ini akan menyebabkan tubuh kita menghasilkan peluh. Peluh ini terhasil akibat pembakaran banyak kalori terutama daripada lemak.

Sudah cukup rasanya 7 fakta yang dikemukakan ini dalam membantu untuk menerangkan kepada anda apa itu metabolisma. Semoga perkongsian ini mampu untuk membantu anda memahami apakah sebenarnya metabolisma agar program penurunan berat badan anda menemui kejayaan dan berkesan.