Atasi Tekanan, Kebanyakan Lelaki Memilih Bermain Game Berbanding Seks

Bermain video game mampu untuk menghilangkan tekanan terutamanya pada golongan lelaki, jika dibandingkan dengan berhubungan seks dan mengambil ubat-ubatan. Hal itu berdasarkan penelitian  yang telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari University College London, UK.

Penelitian ini dilakukan melalui bancian terhadap 115 responden lelaki dan 250 wanita. Hasilnya, ditemui bahawa satu pertiga atau sekitar 29% lelaki yang mengakui bermain video game lebih berkesan untuk mengatasi tekanan. Sementara, 74% responden yang lainnya pula memilih untuk berbicara kepada teman untuk meredakan tekanan dan 31% pula memilih untuk makan.

Dipetik daripada laman Ask Men, berbincang dengan teman juga dilakukan para wanita untuk mengatasi tekanan yang mereka rasakan. Selain itu, untuk mengatasi tekanan, perempuan juga suka mengambil ubat-ubatan, membaca buku, selain melakukan aktiviti lain atau kegiatan seni yang lainnya.

Sementara itu 27% peratus responden lelaki dan 11% responden wanita pula mengakui memilih seks atau menonton video pornografi untuk mengatasi tekanan.

“Ada endorfin yang dilepaskan sepanjang hubungan seks sehingga ini ia menghasilkan perasaan senang dan nyaman. Jadi semacam ubat untuk tekanan juga. Apalagi apabila mereka pada dasarnya memang memiliki libido tinggi,”  kata ketua kumpulan penyelidik Dr John Barry.

Penelitian kedua juga menemukan adanya perbezaan antara alasan yang digunakan lelaki dan wanita saat mencari bantuan terapi mental, di mana lelaki lebih memerlukan terapi untuk mengatasi masalah di tempat kerja dan wanita mencari bantuan saat ada masalah dalam hubungan percintaannya.

Jika menurut laman Men’s Health sebelum ini sememangnya terdapat kebenarannya bahawa kaum lelaki ini lebih cenderung untuk memilih bermain video game bagi mengatasi tekanan kerana untuk berhubungan seks mereka memerlukan banyak perkara terutamanya memastikan wanita tersebut benar-benar teransang dan sebagainya.

Oleh itu ia hanya akan menambahkan tekanan kepada iri mereka jadi melalui video game mereka tidak perlu untuk memikirkan mengenai orang lain malah boleh berkhayal dengan keseronokan sendiri sahaja.