Potensi Untuk Pembesaran Prostat Bertukar Menjadi Kanser


- 31 Jan 17
View 424 : Today 1

Kanser prostat ini boleh terjadi apabila terdapatnya sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Risiko untuk menghidapi kanser prostat juga bakal bertambah apabila umur lelaki tersebut melebihi 45 tahun.

Advertisement

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak akan menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH namun lama-kelamaan tanda tersebut akan muncul dengan perlahan-lahan.

Tanda-tanda kanser prostat yang seakan menyerupai penyakit BPH adalah seperti

  • Kesusahan ketika mengeluarkan air kencing
  • Aliran kencing yang lemah, di mana kencing yang keluar seakan-akan tidak habis dan terasa masih berbaki
  • Kencing yang terjadi dengan begitu kerap sehingga mengganggu tidur malam anda
  • Nokturia

Namun terdapat juga beberapa pertambahan simptom yang lain juga yang berkemungkinan akan muncul pada kemudian hari iaitu seperti:

  • Darah yang keluar bersama air kencing pesakit
  • Mengalami sakit pada tulang serta masalah untuk bernafas

Lakukan Pemeriksaan

Lakukan pemeriksaan segera jika anda ada simptom masalah pembesaran prostat. Ini boleh membantu anda untuk menangani masalah tersebut seterusnya mengurangkan risiko kemungkinan untuk terjadinya kanser prostat nanti.

Jika suami anda mengalami masalah seperti ini, lekaslah pujuknya untuk membuat pemeriksaan dengan pakar urologi. Lebih cepat adalah lebih baik untuk membantu suami anda pulih. Ini kerana masalah prostat turut boleh menyebabkan kepada risiko masalah lain kepada buah pinggang dan kanser.

Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat sahaja, pembedahan pula dicadangkan sekiranya tanda-tanda tersebut sudah tidak dapat dikawal lagi dengan ubat atau sekiranya terdapat komplikasi seperti batu karang.

Oleh itu sentiasa berwaspada dengan tanda-tanda tersebut dan pastikan ana mendapatkan khidmat nasihat doktor dengan segera jika terdapat beberapa tanda seperti yang disebutkan di atas.

Advertisement