Tanda Apabila Seseorang Lelaki Itu Benar-Benar Mahukan Seks


- 1 Feb 17
View 8,498 : Today 7

Biasanya apabila seseorang pasangan itu baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasti kedua-duanya akan berasa malu-malu untuk memulakan langkah terutamanya ketika ingin memulakan perhubungan intim. Jadi, salah seorang daripada anda haruslah memahami tanda-tanda yang ditunjukkannya sekiranya dia sudah bersedia untuk beraksi.

Advertisement

Sebelum ini kita sudah selongkar bagaimana untuk mengetahui jika sang isteri yang inginkan seks akan berkelakuan. Apa kata kita selidiki pula bagaimana perlakuan si suami pula apabila si dia benar-benar inginkan seks.

Apa kata kami serahkan tugas ini kepada si isteri pula buat sementara waktu? Berikut merupakan petanda yang si dia sudah tidak sabar untuk bersama dengan anda!

  1. Sekiranya suami sudah berdiri sambil mencangkukkan ibu jarinya di dalam lubang tali pinggang seluarnya (seperti mencekak pinggang), dia sememangnya sudah bersedia untuk beraksi di katil. Itu merupakan caranya untuk menarik perhatian anda memandang ke kawasan kemaluannya.
  2. Lihat pada matanya. Sekiranya dia mengalami ereksi pada mata atau lebih tepat lagi ketika matanya seakan-akan ‘tersenyum’ dan bahagian hitam pada mata bertukar menjadi lebih besar, dia sebenarnya sudah terangsang.
  3. Dengar betul-betul perubahan yang berlaku kepada suaranya. Sekiranya anda mendapati bahawa suaranya telah bertukar menjadi lebih kasar dan mendalam, itu menandakan yang suami mahukan anda.
  4. Apabila pasangan sudah mula tunduk dan sering cuba untuk mengurut atau memegang bahu anda, itu bermakna he wants more! Anda pula ambillah peluang ini untuk melayani kehendaknya.
  5. Dia memeluk anda dengan kasual tetapi tangannya dirasakan mula bergerak ke bahagian bawah badan sehingga ke pinggul, itu merupakan salah satu daripada tanda yang dia kni sangat mahukan seks.
  6. Si dia cuba untuk kelihatan seksi seperti sering menggigit bibir bawahnya atau mulai melentokkan kepalanya kepada anda, itu bermakna dia cuba untuk menarik perhatian anda untuk menyambung semuanya ke katil!

Jika anda sudah mendapati tanda-tanda dan reaksi tersebut ada pada suami anda maka usahlah berlengah lagi, layan suami anda dengan segera. Ambillah peluang ini untuk memkat suami anda dan berasakan belaian mesra darinya. Semoga perkongsian ini membantu anda secara keseluruhannya.

Advertisement