KETAHUI MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK HADIAH SI DIA

Setiap hadiah terutamanya dari si dia pasti mempunyai maksud dan harapan tertentu..Haa, nak tau tak maksud disebalik hadiah dari si dia? tak kisah la birthday atau saja-saja, mahal ataupun murah janji hadiah penuh dengan makna.

Kadang-kadang tu si dia akan bagi hadiah anytime, rasa je nak beli so dia pun beli la~ mesti ada sesuatu punya. Nak tau maksud disebalih hadiah si dia tu jom tengok kat bawah ni.

Coklat

Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia dan gembira semanis cintamu (korang la tu). Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda Gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.

Bingkai Gambar 

Sentiasa merindui dan tak ingin berjauhan, maksudnya bila terasa rindu si dia nak korang tengok hadiah gambar yang menjadi kenangan terindah tu. Selalunya, si dia mengabadikan kenangan dengan bingkai gambar yang terbaik punya!

Pakaian, Kain, Tudung & sebagainya

Si dia mengharapkan kasih yang berkekalan dan dekat selalu, si dia juga bangga mengenali anda serta ingin rakan-rakan dan keluarga tahu yang anda adalah orang penting dalam hidupnya.

Cincin Sepasang

Tanda ikatan kasih yang abadi, si dia mahukan anda terus berada di sampingnya kerana ia merasakan anda adalah pilihan hatinya & akan sedaya upaya menjaga perhubungan. Si dia juga ingin anda tahu bahawa dia serius dalam percintaan.

Bunga

Tanda mula menyayangi,ingin berkenalan dan permintaaan mengenali lebih mendalam lagi, ingin menawan hati, atau si dia juga ingin memujuk anda yang sedang merajuk. Di katakan perempuan walau sekeras manapun jiwanya tetap akan suka hadiah bunga walau disebalik senyuman apabila si dia memberikan bunga yang cantik secantik korang yang baca entry ni

Buku

Bersifat terbuka, bertolak ansur dan prihatin. Si dia amat berharap agar anda memanfaatkan pelbagai peluang, ingin mempelajari sesuatu yang berguna, tidak mudah berputus harapan dan mampu memotivasikan diri agar mampu menghadapi kehidupan yang mencabar.

Handphone

Tandanya si dia tidak mahu berjauhan atau terputus hubungan dengan anda, Si dia mahukan anda di bagi berada disisinya. Mudah merasa bosan tanpa anda menemaninya.

Jam Tangan Sepasang

Si dia amat mengharapkan agar anda mengingatinya setiap masa dan waktu walau dimana berada agar anda tahu si dia juga sentiasa mengingati anda sepertimana anda mengingatinya. Si dia juga berharap hadiah jam adalah keperluan yang penting & bukan sekadar aksesori kerana ianya juga nilai sesuatu penghargaan.

Gelang Tangan, Kaki

Tanda mesra dari si dia agar anda selalu bertolak ansur dengannya sekiranya ia melukai perasaan dalam sedar ataupun tidak. Si dia juga mengharapkan anda mudah memaafkan samaada pada dirinya juga pada orang lain. Tidak mahu anda bermasam muka apabila bertemu dengannya. Anda adalah kekasih serta sahabat baginya.

Rantai Leher

Suatu tanda, ikatan cintanya yang perlu diberi perhatian kerana si dia sudah mulai perasaan sayang mengalir pada dirinya untuk anda. Si dia perlukan anda dalam kehidupannya serta mahukan anda kerap meluangkan masa dan perhatian untuknya.

Minyak Wangi

Tanda wujudnya cinta, si dia mahukan anda tahu bahawa anda adalah cintanya, Ia juga mengharapkan cinta setulusnya dari anda. Si dia juga mahukan anda menjadi insan yang kemas, bersih dan cantik dimatanya setiap kali bertemu serta menjaga penampilan.

Kad Ucapan

Si dia amat mengabadikan perasaan sayang dan cintanya sebagai suatu tanda ingatan atau kenangan, tidak mudah melupakan segala yang di lalui pahit atau manis sepanjang perkenalan kerana tanda ingatan suatu yang tak ternilah harganya.

Kasut

Tanda si dia sangat mengambil berat serta prihatin terhadap anda dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perasaan, kewangan, kerjaya serta hal yang berkaitan peribadi. Sedia menjadi pendengar luahan hati anda.

Subang

Penghargaan serta penghormatan dari si dia. Si dia amat mengagungkan diri anda pada dirinya, Harapan si dia agar anda menghargai kehadirannya di dalam hidup anda sebagi seorang yang bermakna dalam hidup anda. Maksudnya, jadikan si dia watak hero dalam novel hidup anda

Payung

Tanda kasih dari si dia untuk anda, si dia juga ingin anda tahu bahawa ia ingin melindungi anda walau hanya sesuatu yang di anggap remeh baginya seperti demam, si dia akan mudah merasa beban di jiwanya dan risau tentang kesihatan anda yang kurang baik. Selain itu, untuk mengelakkan anda dari basah kena hujan atau panas terik,takut hitam pulak

Hantaran Meminang

Itu tandanya si dia serius dan betul2 serius ingin menjalinkan ikatan kerana si sia mahukan anda jadi bakal teman berkongsi hidup serta pahit manis dalam menempuh kehidupan setelah berumahtangga kelak.