Lelaki, Tolong Jangan Lakukan 3 Hal Ini Ketika Sedang Berhubungan Seks

Seks akan lebih menyenangkan jika pasangan dapat merasakan rangsangan pertama bersama-sama. Sayangnya, yang kerap kali terjadi adalah samada lelaki atau wanita gagal merasakan rangsangan seks secara bersamaan. Bahkan tak sedikit lelaki terangsang lebih dahulu sebelum sesi pemanasan di ranjang bermula.

Advertisement

Lelaki pula begitu cepat hendak memulakan aktiviti seks di atas ranjang tanpa memikirkan jika isteri anda sudah pun bersedia ataupun tidak. Ada banyak perkara yang perlu ditoleransikan sebelum memulakan suatu sesi hubungan seks yang panas dan selesa.

Namun, ada tiga hal yang sering dilakukan lelaki ketika ia sudah merasakan rangsangan seksual yang umumnya tidak disukai oleh wanita. Apakah itu?

  1. Lelaki melupakan soal kebersihan

Segelintir lelaki yang menitikberatkan soal kebersihan saat hendak memulakan sesi hubungan seks. Apalagi disaat ketika mereka sudah mulai merasakan rangsangan seksual, tentunya mereka ingin terburu-buru memulakan aksinya di ranjang. Padahal, bakteria yang tak terlihat pada tangan lelaki dapat mengancam kesihatan vagina wanita.

  1. Tak memulakan sesi dengan foreplay

Saat lelaki sudah mula mengalami rangsangan, sering kali mereka tak memulakan aktiviti seks dengan foreplay. Dan hal ini boleh menyebabkan vagina wanita itu mengalami kekeringan dan wanita cenderung untuk merasakan keadaan yang tidak selesa dan kesakitan saat penetrasi ketika berhubungan seks.

  1. Permainan jari

Mungkin permainan jari pada seks oral menurut kebanyakan lelaki dapat membantu wanita tersebut untuk mencapai orgasme mereka dengan lebih pantas, tapi permainan jari juga boleh dengan tidak sengaja menyebabkan vagina nampak longgar dan hal ini tidak disukai kebanyakan wanita memetik dari Gurl, Selasa.

Diharapkan perkongsian ini boleh membantu sedikit sebanyak kepada golongan yang sudah berkahwin agar anda mampu untuk merasakan hubungan seks yang enak malah memberikan manfaat untuk kedua-dua belah pihak.

Advertisement