Adakah Anda Seorang ‘Bad Boy’!

Lelaki biasa dikaitkan dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Namun begitu, tidak bermakna golongan lelaki jahat. Itu adalah satu sikap natural seorang lelaki. Untuk menjadi ‘bad boy’ berjaya tidaklah susah, tetapi tidak juga senang. Entri kali ini mendedahkan n ciri-ciri lelaki nakal, yang disenangi wanita.

PERLU YAKIN

Keyakinan yang terdapat dalam diri seorang lelaki membuatkan wanita mudah tertarik. Usah ambil pusing pada pendapat orang, lontarkan kata cinta anda jika benar-benar sukakannya. Jangan takut untuk mendekati perempuan kerana lelaki yang terlalu lurus akan teragak-agak untuk berbuat sedemikian. Sebagai lelaki yang dianggap bad boy, anda perlu lebih agresif dan cepat bertindak.

AYAT WAJIB POWER!

Cuba mulakan perbualan dengan topik yang ringan terlebih dahulu, jangan gelojoh untuk terus meminta nombor telefon si dia. Borak kosong adalah cara nakal paling digemari si gadis, elak perbualan mengenai politik, pelajaran yang sememangnya membosankan. Kongsi secara natural, jangan tonjolkan ciri terlalu berusaha. Hayati momen dengan ayat power tangkap leleh yang sememangnya tidak mengecewakan itu.

JADILAH WIRA PENYELAMAT

Jadilah pahlawan dan penyelamat kepada si dia. Bad boy yang baik tidak semestinya hanya pada bentuk fizikal sasa semata, sebaliknya anda perlu menunjukkan kemampuan dalam menyelamatkannya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jangan jadi pengecut, buktikan anda juga hebat seperti seorang karakter Adiwira.

“MAT JIWANG”

Lelaki nakal ini kebiasaannya pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari sahaja. Hebat berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya. Lebih jiwang, anda hadiahkan kepadanya sesuatu yang tidak pernah dijangka. Jangan terlebih pula, nanti jijik pula si dia.

STAILO

Tidak dinafikan lelaki nakal ini pandai dalam soal berfesyen kerana mereka mahu berterusan dilihat seperti seorang yang sempurna dan segak. Jika anda bukan lelaki sedemikian, cuba dekati serta dalami apa kehendak fesyen semasa agar si gadis tidak melabel anda ‘mat rock’ yang selekeh.

TAHU BERLAWAK

Nama pun lelaki nakal, lawak dan cerita dongeng adalah bahan terbaik untuk mereka ceritakan. Selitkan unsur humor dalam setiap kali perbualan, biarkan komunikasi anda sentiasa ada nilai keceriaan. Namun awas jangan sesekali buat lawak bodoh, nanti kepala anda yang akan diketuk.

MIMIK SENYUM

Raut wajah yang manis dengan senyuman juga adalah cara terbaik untuk membuktikan anda seorang bad boy baik yang perlu didekati. Walaupun punya raut wajah ganas, berikan sedikit senyuman agar cinta mudah terpaut di hati. Tahukah anda, senyuman nakal seorang bad boy mampu membangkit aura kelelakian pada wanita.