Isteri Anda Queen Control?

 

 

Seorang suami yang dikongkong serta tidak dihormati oleh isterinya, biasanya menjadi seorang lelaki yang kurang keyakinan diri.

Mungkin depan kawan-kawan mereka akan berlagak gah seolah-olah menjadi bos besar dalam rumah, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Jarang seorang lelaki ni nak menceritakan situasi rumahtangga yang tak berapa best kepada kawan sebab tak nak dipandang rendah oleh kawan.

Jadi, bila seorang sahabat lelaki itu menceritakan masalah rumahtangganya kepada seorang sahabat lelaki, itu bermaksud beliau ingin meluahkan perasaan.

Selagi beliau tak meminta bantuan atau buah fikiran, tak perlulah sahabatnya pandai-pandai nak nasihatkan beliau apa yang patut dan apa yang tak patut dibuat.

Jika tersalah nasihat, mungkin suatu hari nanti beliau akan menyalahkan kita pula sebab memberikan nasihat yang tak sepatutnya.

Jika beliau meminta nasihat kita, maka kita kena kenalpasti dulu kemampuan kita.

Adakah kita mampu memberikan nasihat yang tepat?

Adakah kita tahu masalahnya dengan tepat dan ada jawapan yang tepat untuk masalahnya?

Jika kita mampu, maka nasihatkanlah beliau. Kalau ragu-ragu, sebaiknya tunjukkan beliau jalan lain (seperti mendapatkan khidmat kaunseling keluarga, bertemu dengan pakar psikiatri).

Jangan terlalu mudah untuk berikan nasihat. Minta beliau bertenang dan bersabar supaya kita dapat fikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Antara contoh kesilapan kita dalam memberikan nasihat adalah bila kita menjadikan kehidupan kita sebagai hujjah untuk beliau ikuti.

Ayat seperti, “Kalau aku la, dah lama aku hentak kepala bini aku dengan lesung batu”, “Kalau aku kena macam kau kena, dah lama bini aku makan pakai straw”.

Nasihat seperti itu sangat tidak membantu beliau membuat keputusan yang betul, sebab kita tak menunjukkan pilihan kaedah yang boleh digunakan, sebaliknya kita menunjukkan natijah kepadanya.

Sebab itu, bagi seseorang yang hidupnya kusut dengan sesuatu masalah, kita kena selami dulu punca masalah tersebut.

Daun yang berwarna kuning itu bukanlah disebabkan daun itu sendiri yang bermasalah, sebaliknya berpunca daripada akarnya yang tak sihat.

Benang yang kusut itu juga memerlukan masa dan fokus untuk kita mencari puncanya. Jika tak jumpa jalan, atau kita malas nak buang masa, maka kaedah memotong benang yg kusut itu lebih mudah dilaksanakan.

Apa yang Ustaz Love nampak dalam kes di atas, ia bukanlah kes queen control (saja Ustaz Love nak highlight tajuk tu), sebaliknya kes masing-masing berkeras dan punya ego yang tinggi.

Kalau sampai 5 hari bertengkar dan 2 hari je masing-masing senyap, maka itu bukan queen control.

Kalau queen control ni, kita boleh fahami dengan situasi seorang suami yang seperti ‘lembu yang dicucuk hidung’.

Tapi, jangan plak silap faham menuduh Ustaz Love mengatakan suami itu lembu plak.. masa kelas Bahasa Melayu, sila buka mata dan dengar betul-betul bab-bab peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan yang semakna dengannya.

Seorang lelaki yang kena queen control, biasanya takkan berani menjawab apa-apa pun yang keluar daripada mulut si isteri.

Isteri akan bebas mengarahkannya sesuka hati dan tidak dilawan langsung oleh suami. Suami akan mengiakan apa saja kehendak isteri.

Situasi queen control ini bagi Ustaz Love, lebih hampir kepada sihir penunduk (guna kaedah menyihir suami spt nasi kangkang, memberi makan benda kotor kepada suami, menjampi, memuja) sehingga menghilangkan kewarasan akal beliau untuk berfikir secara logik.

Kalau dah boleh bertengkar berhari-hari, itu takde kaitan dengan queen control.

Apa jua keadaan, syariat itu kena letakkan di hadapan.

Kena periksa tahap agama ketua keluarga itu sama ada solatnya cukup atau tak, ahli keluarganya tutup aurat atau tak, rumahnya hidup dengan amal ibadah seperti membaca al-Quran atau tak, pekerjaannya terlibat dengan perkara haram atau tak, dan segala macam kemungkinan yang menyebabkan tahap agama dalam dirinya berada dalam bahaya.

Dalam banyak perkara, seorang suami wajar bertolak ansur terhadap isterinya yang dah banyak berkorban untuk dirinya.

Kalau setakat isterinya membebel tak tentu hala, berleter, cemburu, maka suami bersabar la.

Dah memang perangai orang perempuan macam tu. Banyak tips yang diberikan oleh pakar hal ehwal rumahtangga untuk menangani isteri seperti banyak beri hadiah, selalu memujinya, buat ‘surprise’, bawak gi shopping, pendek kata, apa yang dia suka, suami kena berusaha untuk memenuhinya.

Cuma kalau dalam bab-bab yang melibatkan perlanggaran syariat, maka ketika itulah suami kena bertegas.

Contohnya isteri tak tutup aurat, isteri malas solat, isteri tak puasa Ramadhan, maka ketika itu suami kena bertegas dalam hikmah.

Kebanyakan daripada lelaki ini jarang bertegas dalam bab agama, isteri tak tutup aurat pun dibiarkan, malas solat pun tak nak ditegur macam mana nak tegur, kalau suami tu sendiri pun selalu tak solat.

Solat cuma seminggu sekali. Bila dah suami pun hampeh, macam mana nak tegur isteri, nanti isteri plak yg sound balik suami.

Kalau dalam bab-bab remeh-temeh, lelaki selalu nak jadi juara, rumah bersepah sket habis dimakinya isteri (sedangkan isteri pun sama-sama bekerja membantunya), baju tak bergosok pun kena maki, pinggan tak basuh pun kena perli. Mana la tak naik angin isteri tu, nak tolong sama-sama tak nak plak.

Sebab tu dalam hal ini, sewajarnya suami itu kena berubah dulu. Jangan suruh isteri berubah tanpa menunjukkan contoh yang baik.

Sebab isteri itu adalah pengikut, dia akan mengikut ke arah mana suami itu membawanya.

Macam mana isteri nak ikut naik kereta, kalau dia tengok suaminya tu macam orang mabuk. Jadi, lagi baik la dia yang jadi driver dan suami jadi penumpang, supaya sama-sama tak eksiden melanggar lembu yang banyak di tengah jalan.

Jika isteri itu berkeyakinan terhadap suami, maka beliau akan hormat dalam keadaan rela tanpa perlu dipaksa melalui perjanjian atau penggunaan kekerasan.

Agak susah nak mendapatkan keyakinan daripada orang bahkan isteri yang mungkin telah dikahwini puluhan tahun pun belum tentu yakin dan hormatkan suami secara rela.

Sebab itulah Nabi s.a.w. menyuruh mencari pasangan yang beragama, agar suami tak perlu nak bersusah payah membentuk akhlak si isteri, dan isteri tidak perlu makan hati dengan akhlak sang suami.

Saudara doakanlah sahabat itu setiap malam bangun tahajjud atau solat hajat, dan berdoalah bersungguh2 kepada Allah agar rumahtangga yang beliau bina akan menjadi aman dan bahagia.