Fakta Tentang Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

Kenapa perempuan suka tidur?

Sebenarnya perempuan bukan suka tidur tapi memang secara fisiologi mereka memerlukan rehat dan tidur yang lebih panjang daripada orang lelaki.

Mengikut kajian para saintis, perempuan perlu tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.

Sebab otak wanita ni bekerja lebih kuat dan lebih kompleks daripada otak lelaki.

Perempuan ni kalau korang perasan la, mereka lebih multi-tasking kan.

Seorang ibu boleh jadi seorang pengasuh, chef, interior designer rumah, kerani, akauntan dan dalam masa yang sama menjaga suami. Perasan tak?

Menurut bekas Pengarah di Sleep Research Centre di Loughborough University salah satu fungsi utama tidur adalah membaiki dan memulihkan kembali fungsi otak yang kepenatan.

Sebab tu la perempuan yang tidur tak cukup ni emosinya mudah terganggu.

Boleh jadi muka tiba-tiba masam mencuka. Boleh jadi tiba-tiba rasa nak marah tak tentu hala.

Selain daripada belikan para isteri kita pinggan mangkuk ataupun mop ajaib di Wow Shop, para suami juga boleh guna tips yang saya ajar kat bawah ni bila tengah bergaduh nanti :

” Sayang, pergi tidur dulu ye. Dah segar nanti kita bincang balik. ”

Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri.