Snek Berkhasiat

Apakah snek berkhasiat?

  • Pengambilan snek antara waktu makan utama boleh menyebabkan berat badan meningkat dan mengganggu pola pemakanan hariannya.
  • Bagaimanapun, jika anda mengambil snek yang baik dalam masa yang bersesuaian, ini boleh memberikan tenaga yang lebih .
  • Snek perlulah diambil sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu makan utama.

 

Tujuan pengambilan Snek?

  • Pengambilan snek boleh menambahkan vitamin, mineral dan nutrien-nutrien yang lain dalam makanan.
  • Ini juga dapat memenuhi kedua-dua keperluan iaitu nutrisi dan sosial.
  • Pengambilan snek adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi perlu dipelbagaikan jenis makanannya.

 

Bagaimana memilih snek yang berkhasiat?

Panduan memilih snek :

  • Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam.
  • Cuba pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin dan mineral.
  • Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
  • Rancang snek anda untuk mengelakkan anda memakan apa sahaja yang anda lihat.
  • Ambil snek hanya apabila anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan atau gelisah.
  • Hadkan pengambilan snek kurang dari 250 kilokalori setiap kali ianya diambil.

 

Snek berkhasiat yang disyorkan

Rujuk kepada jadual di bawah :

Makanan
Saiz Hidangan
Tenaga (kcal)
Porsi
Berat (g)
Buah-buahan segar dan sayur-sayuran mentah
Epal, hijau 1 Biji
114
40
Epal, merah 1 Biji
128
63
Pisang berangan 1 biji (sederhana)
93
62
Pisang mas 1 biji (sederhana)
50
38
Pisang rastali 1 biji (kecil)
43
31
Kurma, kering 1 biji
12
31
Duku 1 biji
30
7
Durian 1 ulas dengan biji
38
13
Anggur 1 biji
11
7
Jambu 1 potong, kecil tanpa kulit
59
27
Cempedak 1 ulas dengan biji
28
18
Langsat 1 biji
14
3
Laici 1 biji
29
11
Mangga 1 biji
232
103
Kwini 1 biji
237
134
Mata kucing 10 biji (sederhana)
88
36
Oren (limau manis) 1 biji (sederhana)
134
38
Oren, mandarin 1 biji (sederhana)
116
37
Betik 1 potong tanpa biji
159
56
Betik , exotika 1/2 biji (sederhana)
350
126
Pear, hijau 1 biji (sederhana)
207
133
Pisang kaki (Persimmon) 1 biji (kecil)
138
88
Nanas 1 potong tanpa kulit
130
59
Prun 1 biji
6
13
Kismis ¼ cawan
39
117
Rambutan 1 cawan
35
10
Salak 1 biji kecil
89
45
Ciku (Sapodilla) 1 biji
65
44
Jambu air 1 biji
52
8
Tembikai 1 potong kecil tanpa kulit
238
37
Lobak 1 cawan (dadu, 0.5 sm kiub)
108
34
Timun
136
15
Peas, hijau, dalam tin ½ cawan
92
53
Tomato 1 biji (kecil)
23
5
Sengkuang Cina 1 potong
26
22
Sengkuang 1 potong
38
8
Bijiran dan produk bijiran
Biskut (Krim Kraker) 1 keping
9
40
Roti Kelapa 1 round bun
45
231
Roti Putih 1 keping
19
48
Roti Mil Penuh 1 keping
25
60
Sandwic Sardin 1 keping
28
71
Susu dan Produk Susu
Susu Lembu segar 1 cawan (250ml)
256
166
Susu UHT Perasa Cokelat 1 paket kecil (1 cawan)
256
174
Susu UHT rendah lemak 1 paket kecil (1 cawan)
257
131
Dadih rendah lemak 1 cawan (145ml)
150
230
Kekacang, bijian, dan produk berkaitan
Badam 10 biji
15
81
Gajus 10 biji
24
97
Buah Berangan 1 biji
9
17
Kacang tanah ¼ cawan tanpa kulit
39
209
Kuaci (kering) ½ cawan
50
112
Kuih Tradisi Malaysia
Kuih pau ayam 1 biji
85
203
Pau kacang merah 1 biji
80
223
Popia 1 biji
51
94
Bubur kacang merah 1 mangkuk (sederhana)
230
101
Lepat pisang 1 keping
93
191
Puding jagung 1 potong
90
90
Vadai (kacang dhall kuning) 1 biji
60
194

 

Rujukan :

  1. Manual Prime and Supportive Messages (1997) National Working Group on Healthy Eating, Ministry of Health.
  2. Healthful Recipes, The Wise Choice – Volume 1, 2nd Edition (1999) Nutrition Society of Malaysia in Collaboration with Ministry of Health.

Previous articlePenyakit Lemah Jantung
Next articlePemakanan Dan Sukan