Keracunan Makanan oleh Bakteria Bacillus Cereus

Agen Penyebab Keracunan

Bakteria bacillus cereus.

 

Punca Keracunan

  • Alam sekitar
  • Debu dan tanah
  • Rempah-ratus.

 

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Nasi
  • Nasi goreng
  • Makanan bijirin
  • Puding
  • Sayur-sayuran
  • Makanan berasaskan daging
  • Makanan berkanji.

 

Cara Rebakan

  • Kaedah pengendalian dan hidangan makanan yang telah dimasak
  • Menyimpan makanan pada suhu bilik terlalu lama
  • Lebihan makanan tidak dipanaskan dengan sempurna

 

Tanda-tanda Keracunan

  • Rasa loya dan muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit

 

Tempoh jangkitan

Antara 1 -6 jam (jenis akut, biasanya antara 1 -3 jam) dan antara 12-24 jam (jenis lewat).

 

Pencegahan

  • Panaskan makanan dengan sempurna sehingga susu didih
  • Simpan lebihan makanan di dalam peti sejuk
  • Jangan biarkan makanan terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik