Keracunan Makanan oleh Bakteria Escherichia Coli


- 11 Feb 17
View 167 : Today 1

Agen Penyebab Keracunan

Advertisement

Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia Coli
Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

Punca Keracunan

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Makanan berasaskan daging seperti burger yang separuh masak
  • Keju
  • Cendol
  • Makanan segera
  • Minuman yang tercemar

 

Cara Penyebaran

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Air yang tercemar
  • Pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak

Tanda-tanda

  • Cirit birit berdarah
  • Sakit perut yang teruk
  • Loya

Dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria Escherichia Coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.

 

Tempoh jangkitan

Antara 6 jam ke 3 hari (biasanya 10 -15 jam).

 

Pencegahan

  • Masak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75°C)
  • Gunakan air yang bersih
  • Masak dengan sempurna
Advertisement