Dugaan Isteri Bila Sebumbung Dengan Mertua: Para Suami Perlu Prihatin

Assalamualaikum semua reader , admin. Saya baru berkahwin. Ada dalam 6 bulan. Suami saya, Amin, adalah pegawai kerajaan.

Saya masih ada mak dan ayah yang tinggal di Muar. Selama saya kahwin, sementara menunggu rumah quarters, saya duduk dengan mak mertua saya.

Mak mertua saya terkena angin ahmar lumpuh seluruh badan kecuali bahagian mukanya.

Sebelum kahwin semua indah. Mak mertua sangat baik, dan adik perempuan Amin sangat hormat saya.

Sepanjang pertunangan saya tak pernah buat hal. Saya tak tau kenapa berubah total 360 darjah.

Sepanjang perkahwinan saya , sedikit sekelumit kasit sayang mak mertua saya tak pernah saya rasa.

Saya ibarat tunggul, batu, dan seumpanya. Ye, mak mertua saya tak suka saya dan bahkan seuruh menantunya sebelum saya.

Mental mak mertua saya berkata kalau saya dan menantu-menantunya ni nak ambil anaknya dari dia. Apa sahaja yang dilakukan oleh saya salah.

Kalau saya masak, yelah masakan kampung, saya dari kampung, masak asam pedas , lemak , kari ,gulai , dan masakan kampung lain , sedikit tak dicubitnya.

Hanya pak mertua saya dan suami makan. Adik perempuan hanya “eei, aku tak makan makanan ni”.

Dalam hati saya kata , What?? Kalau mak mertua saya makan makanan adik perempuan Amin masak , walhal hari tu masak makanan yang sama dengan apa yang saya masak. Mak kata geli. Saya hanya beristighfar.

Pernah satu hari, saya nak mandikan mak mertua saya sebab adik perempuan Amin keluar, mak herdik saya.

Bodoh punye perempuan , aku tak nak mandi kau faham tak? Padahal pampers dah penuh dengan tahi semua.

Saya hanya menahan air mata. Dalam rumah tu sedikit pon adik perempuan Amin tak tolong kemas bersihkan rumah, rumah sebesar 2 tingkat saya yang kemas bersendirian.

Pinggan mangkuk , basuh baju tak boleh guna mesin. Alasan saya dah biasa cuci baju di pinggir sungai sebab saya budak kampung.

What?? Ingat kat kampung tak ade ke ? So sy sental je la.

Bila saya minta tolong dengan adik perempuan Amin bersihkan rumah dia jawab , semua menantu mak adalah bibik.

Ya Allah, aku ni diberi mas kahwin atau dibeli?

Jam 6 sehingga 12 tengah malam saya bertukang sebagai suri rumah sepenuh masa, adik perempuan die ke dapur hanya untuk masak makanan dia dan mak sahaja.

Selebihnya goyang kaki dengan mak mertua saya di depan tv. Bila saya pegang phone dikatanya saya pemalas , biawak hidup dan macam-macam lagi.

Bila suami saya utarakan nak balik Muar rumah saya, maK mertua saya marah.

Kerana kos nak kesana banyak pakai duit. Bila saya cakap pada mak mertua, mak , Nor tak pakai duit Amin pun nak balik, Nor pakai duit Nor.

Saya pulak diherdiknya sehinggan Amin bertengkar dgn mak. Medan perang berlanjutan. Sepanjang perkahwinan saya, baru sekali tu saya balik kampung. Saya rindukan mak dan ayah saya.

Saya tiap hari mengadu dengan Amin, tetapi die endah tak endah. Dia kata hanya perasaan saya.

Saya dah tak tahan lagi. Banyak cara saya dah buat untuk lembutkan hati mak mertua saya.

Saya baru kahwim 6 bulan dan belum mengandung. Mak mertua saya cop saya mandul. Berat dugaan ni.

Suami saya pulak jenis tak kasi keluar rumah. Ye saya tak bekerja. Duduk rumah sepenuh masa.

Saya stress sebab keadaan rumah memerlukan saya refresh di dunia luar.

Contoh keluar dengan kawan-kawan atau dengan saudara mara. Tapi Amin tak memberi kebenaran pada saya. Dia kuat cemburu.

Walaupun saya keluar dengan kawan perempuan pun tak diberinya. Dia kata, kawan perempuan saya bersubahat untuk saya duakan dia.

Allahu, macam tu sekali die tak percayakan saya. Padahal saya dah kahwin dgn dia.

Maaflah reader semua , saya minta pendapat. Ape perlu saya buat?

Nak pindah, tunggu quarters dalam 2 bulan kelulusan. Pendapat yang saya inginkan adalah, bagaimana nak berhadapan dengan mak dan adik perempuan husband saya.