6 Hal Ini Mampu Untuk Menjadikan Ereksi Anda Semakin Menurun

Kehangatan hubungan intim dipengaruhi oleh banyak faktor, salah satunya adalah Mr. P yang selalu siap untuk ‘bertempur’ dan sukses dalam menunaikan tugasnya. Bila belakangan ini, persembahan kejantanan anda sudah tidak seperti biasanya, kemungkinan 6 hal ini adalah penyebabnya, seperti dipetik oleh Meet Doctor setelah ditinjau oleh Dr. Adnan Yusuf.

  1. Kemurungan

Otak adalah zon yang sensitif secara seksual yang sering diabaikan. Ghairah seksual sering dimulai di kepala anda, lalu menjalar ke bawah. Kemurungan dapat membantutkan keinginan anda, dan dapat menyebabkan mati pucuk. Peliknya, banyak ubat yang dipakai untuk membantu mengurangkan kemurungan juga dapat menghambat dorongan seksual anda.

  1. Alkohol

Anda mungkin mempertimbangkan untuk minum beberapa gelas alkohol untuk mendapatkan mood pada ketika itu. Tetapi bagi kebanyakan, ini malah membuat anda berasa malah lebih sukar untuk menyelesaikan tugas di atas katil. Akohol dikatakan berupaya untuk memberi gangguan terhadap ereksi, tetapi kesannya bersifat sementara.

  1. Ubat-ubatan

Isi almari ubat anda juga dapat mempengaruhi persembahan anda ketika di kamar tidur. Banyak ubat yang secara umum dapat menyebabkan ED, termasuk ubat-ubatan tertentu yang mengawal tekanan darah, ubat sakit, dan antidepresan. Tapi jangan berhenti minum ubat tanpa berbicara dengan doktor anda terlebih dahulu.

  1. Tekanan

Memang tidak mudah untuk menaikkan mood ketika kepala anda dipenuhi dengan banyak hal. Tekanan juga boleh mempengaruhi anggota tubuh anda terutama sekali organ seksual anda, termasuk penis anda. Segera atasi tekanan anda dengan membuat perubahan gaya hidup, seperti bersenam secara teratur, tidur yang cukup, dan mencari bantuan profesional jika diperlukan.

  1. Kemarahan

Jangan sering marah, kerana kemarahan dapat membuatkan darah mengalir ke wajah anda, tetapi tidak ke satu tempat yang diperlukan ketika anda ingin berhubungan seks. Sangat tidak mudah untuk merasa romantis ketika anda sedang mengamuk. Kemarahan terpendam atau yang diekspresikan dapat menyebabkan masalah di kamar tidur.

  1. Gelisah

Khuatir bahawa anda tidak akan dapat melakukan tugas anda dengan baik di tempat tidur dapat membuat keadaan menjadi lebih sulit lagi. Kecemasan yang timbul dari hal lain juga dapat merebak hingga menggugat hubungan anda di kamar tidur. Semua ketakutan itu dapat membuat anda takut dan menghindari keintiman.

Jadi diharapkan agar perkongsian ini dapat membantu anda yang telah berumahtangga khususnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Awasi beberapa faktor yang telah kita bincangkan di atas untuk memastikan anda sentiasa berkeyakinan ketika melayari malam anda bersama.