Ini Alasan Mengapa Bercinta Di Malam Hari Lebih Baik

Bercinta atau berhubungan seks memang boleh dilakukan pada bila-bila masa saja tanpa mengenal waktu. Tapi penelitian yang telah dibuat menunjukkan bahawa bercinta adalah lebih baik untuk dilakukan pada malam hari. Mengapa?

Jika kita mendengar pendapat pakar, ramai yang menyarankan agar pasangan melakukan hubungan seks pada waktu pagi iaitu ketika mana hormon testosteron sedang meningkat naik ketika itu. Namun tidak semua pasangan yang merasakan ia merupakan idea yang baik untuk mereka berdua.

Jika kita perhatikan di bawah terdapat pelbagai alasan yang membuatkan berhubungan seks pada malam hari lebih menarik dirasakan bagi kebanyakan pasangan.

60 peratus daripada responden mengaku bahawa bercinta pada malam hari mendatangkan lebih banyak manfaat bagi mereka. Suasana hati yang rileks pada malam hari juga boleh membuat pasangan untuk kekal lebih fokus untuk melakukan hubungan seks yang berkualiti bersama.

Bercinta pada malam hari juga membuat pasangan lebih percaya diri terutama ketika lampu dimatikan. Mereka tak lagi memperdulikan bentuk fisikal mereka mahupun pasangan sehingga sensasi bercinta dirasakan adalah lebih nikmat.

Selain itu, beberapa pasangan juga mendakwa bahawa sensitiviti mereka terhadap sentuhan pasangan meningkat, terutamanya ketika mereka memilih untuk bercinta di malam hari.

Suasana kamar yang gelap akan membuatkan seluruh pancaindra tubuh anda bekerja dengan baik untuk memberikan pengalaman bercinta yang sangat unik.

Penelitian juga ada menyebut bahawa bercinta di malam hari dapat meningkatkan peluang untuk kehamilan bagi perempuan, dibandingkan melakukannya pada pagi atau siang hari.

Ini adalah kerana, kadar testosteron lelaki pada malam hari cenderung untuk menjadi lebih tinggi sehingga meningkatkan peluang sperma dalam membuahi sel telur.

Maka dengan alasan yang dibentangkan di atas maka tidak hairanlah ramai yang memilih untuk berhubungan seks pada malam hari bukan? Diharapkan semoga perkongsian di atas memberikan anda banyak manfaat secara keseluruhannya. Kita jumpa lagi pada lain waktu ya!