Anda Alergi Kondom? Sebaiknya Anda Ketahui Gejalanya


- 14 Feb 17
View 729 : Today 1

Kondom disebutkan sebagai merupakan salah satu cara terbaik untuk mencegah kehamilan dan pelbagai jangkitan seksual yang mudah menular terutamanya bagi kaum lelaki. Tapi nyatanya, masih ada beberapa orang yang mempunyai alergi dengan saat menggunakan kondom.

Advertisement

Mereka yang mengalami masalah alergi kondom ini selalunya akan mengalami gejala berupa ruam pada alat kelamin ketika kondom digunakan. Kadang-kadang juga disertai sensasi gatal, melepuh, ruam mahupun kemerahan.

Keadaan ini tentu sekali mengganggu kaum lelaki di saat mereka ingin bercinta dan berhubungan seks bersama pasangan. Malah pasangan juga mungkin akan berasa tidak selesa untuk bersama dengan mereka pula nanti.

Sensasi ini tentu sangat mengganggu pengalaman ketika seseorang pasangan itu hendak berhubungan seks. Menurut para ahli, kondom memang dapat menyebabkan alergi kerana keseluruhannya diperbuat dari bahan lateks.

Dalam beberapa kes, gejala ruam juga dapat disertai dengan sensasi terbakar. Para ahli mengingatkan orang ramai agar jangan sekali-kali menggarunya, kerana ianya dapat memperburuk lagi keadaan alergi.

Jika reaksi berubah menjadi terlalu parah, gejala lain yang mungkin akan muncul boleh berupa nyeri dada, degupan jantung terlalu cepat, sesak nafas, hingga paling teruk kepada bibir membengkak.

Jika mengalami hal ini, segera kemukakan kes ke doktor, untuk mendapatkan perawatan sesegera yang mungkin. Yang jelas, tetap menghindari seks bebas dan setia pada pasangan, untuk mencegah jangkitanseksual yang mudah menular tanpa menggunakan kondom.

Semoga perkongsian ini membantu para lelaki yang kemungkinan di luar sana banyak yang alergi dengan bahan-bahan yang diperbuat dari lateks. Agar informasi ini dapat membantu anda semua dalam penjagaan kesihatan dan terutamanya hal seks.

Advertisement