Dilarang Seks Saat Haid, Itu Mitos!


- 17 Feb 17
View 2,932 : Today 2

Seks selama wanita itu mengalami menstruasi seringkali tak dianjurkan oleh para pakar perubatan kerana jika dinilai dapat menjadi media penularan bakteria. Pasalnya, paparan darah haid selama berhubungan seks dianggap berisiko menjadi sarang kepada pelbagai bakteria dan virus.

Advertisement

Namun anggapan ini dibantah pula oleh pakar kandungan di North Carolina, Amerika Serikat, dr Alyse Kelly Jones. Ia mengatakan, larangan berhubungan seks selama waktu menstruasi hanyalah mitos. Menurutnya, hubungan seksual saat pasangan sedang haid tergolong dalam kategori dibolehkan, meskipun kelihatan agak pelik bagi kedua belah pihak.

“Bahkan, darah yang keluar saat haid boleh berfungsi sebagai pelincir semulajadi. Namun pilihan kembali pada peribadi masing-masing,” ujar Jones.

Selain larangan seks saat kedatangan haid, ada mitos lainnya yang berkembang. Seperti larangan untuk berenang di laut kerana mampu untuk memancing serangan jerung. Doktor pakar kandungan, Maria Sophocles, MD, mengatakan bahawa jerung memang tertarik pada darah dengan perbandingan nisbah 9:1 untuk lelaki dan perempuan.

Sehingga menurut dia, berenang di laut saat menstruasi adalah kebiasaan juga. Bahkan, belum ada insiden gigitan jerung pada perempuan yang dalam menstruasi selama ini. Namun, jika anda belum yakin sepenuhnya untuk berenang saat menstruasi, anda boleh sahaja menunggu hingga kitaran haid akhir dimana pengeluaran darah cenderung sedikit.

Ada pula mitos yang mengatakan bahawa jika anda berkumpul dengan teman sepermainan yang sedang haid, maka kitaran menstruasi anda akan datang lebih cepat.

Tentu saja ini hanyalah mitos belaka. Jika terjadi demikian, itu pasti hanyalah sebuah kebetulan, kerana terdapat penelitian mengatakan bahawa menstruasi setiap perempuan memiliki siklus yang berbeza-beza. Jadi mungkin saja teman sepermainan anda memiliki siklus yang hadir bersamaan dengan anda.

Advertisement