Sensori Integrasi Terapi Untuk Kanak-Kanak Autisma


- 18 Feb 17
View 95 : Today 1

Sensori Integrasi merupakan satu istilah yang digunakan, untuk merujuk kepada cara sistem saraf menerima maklumat daripada persekitaran melalui sensori dan menukarkanya kepada tindakbalas motor dan tingkahlaku yang bersesuaian.  Pada tahun 1970-an, A. Jean Ayres, seorang ahli Terapi Carakerja yang mempunyai gelaran doktor falsafah telah pertama kalinya menjelaskan mengenai rangka kerja sensori integrasi.

Advertisement

Maklumat sensori diperolehi dan ditafsirkan melalui penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa, bau, propriosepsi (pergerakan, otot serta sendi-sendi) serta vestibular (pergerakan). Kebanyakan daripada kita, sensori integrasi terhasil bukannya daripada pemikiran dan usaha yang disengajakan, tetapi ia terhasil secara spontan

 

Apa itu Gangguan Pemprosesan Sensori (SPD)?

Gangguan Pemprosesan Sensori (sensory processing disorder) yang  juga dikenali sebagai sensory integration Dysfunction), boleh mengganggu  satu, sebahagian, atau kesemua sensori.  Satu ketidakfungsian sensori akan menjejaskan beberapa kefungsian badan.

Sekiranya satu atau lebih sensori yang terganggu, maklumat sensori yang dihantar ke otak menjadi tidak tepat. Maklumat menjadi tidak teratur dan menyebabkan individu tersebut  mentafsirkan persekitaran dengan cara yang berbeza.

Kajian lepas di luar negara mendapati, SPD dikalangan individu autisma mungkin setinggi 90% dan sekurang-kurangnya 5% hingga 16% daripada populasi awam.

 

 

Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala SPD?

Gejala-gejala SPD, seperti juga kebanyakkan gangguan yang lain, mempunyai tahap keterukkan  yang berbeza. Kebayakkan dari kita juga kadang kala mengalami kesukaran memproses sensori tetapi ia tidak menjejaskan aktiviti kehidupan seharian. Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami SPD, masalah ini adalah kronik dan menjejaskan aktiviti kehidupan seharian mereka.

Mereka yang mengalami SPD akan mengalami hipersensitif atau hiposensitif yang mungkin juga akan menyebabkan masalah skil motor dan tingkahlaku (emosi). Antara  gejala-gejala yang dialami adalah seperti berikut:

  • Hipersensitif kepada sentuhan, pergerakkan, penglihatan, atau  bunyian
  • Hiposensitif kepada sentuhan, pergerakkan, penglihatan, atau bunyian, impulsif, kurang kawalan diri.
  • Kesukaran untuk beralih dari satu situasi ke situasi yang lain.
  • Tidak dapat menenangkan diri
  • Senang terganggu
  • Tahap aktiviti yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
  • Cuai secara fizikal

 

Bagaimana SPD Dikaitkan Dengan Autisma?

SPD sering dikaitkan dengan autism kerana ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa autism. Walaubagaimanpun, mereka yang mengalami SPD tidak semestinya mengalami autisma.

Meta-analisis yang terbaru di dalam kajian-kajian sesori modulasi  dalam autisma menyokong kesejagatan  gejala–gejala ini pada keseluruhan spektrum diagnostik.

Individu autisma, biasanya mempunyai kesukaran untuk mengatur, memahami dan mentafsirkan maklumat sensori mereka.  Mereka mungkin tidak tahu, bila mereka lapar atau sakit atau mempunyai kesukaran untuk mentafsirkan input sentuhan.

Sesetengah  daripada individu autisma mungkin tidak tahan dengan cahaya dan bunyi manakala, ada sebahagian daripada individu pula  mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukan aktiviti pergerakkan seperti melompat atau memusingkan diri.

Reaksi yang luar biasa terhadap sensori dan keinginan untuk mendapatkan sensori yang tinggi, sering dikaitan dengan tingkahlaku pelik dikalangan kanak-kanak autisma. Kanak-kanak autisma juga mempunyai kesukaran untuk menjana idea-idea dan merancang pergerakkan motor yang merupakan perkara penting di dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.

Keadaan ini boleh menganggu kesemua aspek kehidupan seharian dan kerap kali ia disalah tafsir sebagai masalah tingkah laku.

 

 

Bagaimana SPD Dikesan?

Ahli profesional  kesihatan , biasanya Ahli Terapi Carkerja (Occupational therapist) boleh membuat penilaian terhadap tahap tindakbalas individu berkenaan maklumat sensori dari badan dan persekitarannya dengan menggunakan bahan penilaian , pemerhatian klinikal dan menemuduga penjaga atau guru.

 

 

Prinsip-prinsip Umum SIT:

a) Kanak-kanak yang lebih muda bertindak balas lebih baik daripada kanak-kanak lebih tua .

b) SIT menyediakan rangsangan kepada perkembangan otak & momentum yang sering berterusan untuk beberapa ketika selepas sesi terapi tamat.

c) Kita tidak boleh sama sekali menghilangkan SPD tetapi kanak-kanak biasanya bertambah baik.

d) Kadang-kadang, untuk beberapa sesi pertama, kanak-kanak boleh menjadi lebih peka atau bertenaga selepas terapi.

e) Sering kali pendekatan rawatan lain digunakan bersama-sama dengan SIT atau selepas ia telah menyediakan rangsangan awal.

f) Selepas terapi, kanak-kanak akan menjadi lebih sedar tentang keadaan persekitar dan akan bertindak balas lebih positif dan sewajarnya. Hipotesis       dapat dibuat bahawa otak kanak-kanak  mula membolehkan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih berkesan.

g) Apabila pendekatan integratif sensori berjaya, kanak-kanak akan dapat memproses maklumat sensori yang kompleks dengan cara yang lebih                 berkesan secara automatik berbanding sebelumnya. Peningkatan ketara dalam organisasi motor dapat dilihat dengan keupayaan kanak-kanak               untuk melakukan tugas-tugas motor kasar dan halus yang lebih rumit serta lebih mahir dalam melakukannya.

h) Untuk kanak-kanak yang pada awalnya menunjukkan  masalah tingkah laku yang berkaitan dengan terkurang atau terlebih tindakbalas kepada rangsangan deria, maklum balas yang lebih normal boleh menyebabkan pelarasan emosi and kemahiran interaktif sosial yang lebih baik atau peningkatan keyakinan diri. Sesetengah kanak-kanak akan menunjukkan peningkatan dalam perkembangan bahasa sementara yang lain akan meningkat dengan ketara dalam tumpuan dan pembelajaran apabila otak mula berfungsi dengan lebih berkesan.

 

Keberkesanan SIT dapat dikenal pasti dengan menggunakan Goal Attainment Scaling (Miller 2007). Ini adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti dibawah:

  • Tingkahlaku kefungsian
  • Skil-skil motor
  • Tumpuan
  • Skil-skil kognitif
  • Skil-skil sosial
  • Mencederakan diri
  • Stimulasi diri
Advertisement