Tips Penjagaan Wajah Untuk Lelaki

Orang lelaki ni jarang sangat nak amik berat tentang kehenseman diri, lagi-lagi bila nak jaga muka.

Bagi mereka, penjagaan kulit muka ni perkara yang remeh temeh. Jarang betul nak tengok lelaki menghabiskan masa untuk jaga muka.

Kebiasaannya, lepas mandi, sikat rambut, letak gel sket, pakai smart-smart, siap!!

Kira dah macho, dah hensem sangat lah tu. Sedangkan mereka tak tau yang ada sesetengah perempuan ni dalam diam meneliti struktur wajah mereka.

PERHATIAN UNTUK KAUM LELAKI!!.

Kaum adam perlu tahu yang penjagaan kulit muka sangat penting! Bukan hanya untuk perempuan saja tau!!

Sebabnya semakin usia kita meningkat, kulit kita akan semakin hilang sifat tegangnya.

Kedutan dan garisan akan mula timbul lebih-lebih lagi kalau anda jenis yang suka buat aktiviti luar dan mengadap sinar matahari.

Jadi, ada sedikit tip untuk kaum adam yang bergelar ‘lelaki’, camane cara nak jaga kulit muka yang anda rasa dah ensem sangat tu!!

Perkara paling utama ialah korang perlu tahu jenis kulit dan masalah kulit korang semua.

Kemudian, anda boleh lah pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit muka sendiri.

Jangan la takut, sebab anda tidak perlu nak habiskan duit sampai beratus-ratus ringgit atau beli produk yang mahal dan berjenama untuk jaga kulit muka.

Sabun Susu Kambing Gurun pun dah ok kalau ianya sesuai dengan kulit muka anda.

Di luar sana macam-macam produk penjagaan kulit wajah yang boleh didapati.

Akan tetapi, anda perlu berhati- hati. Pemilihan produk yang salah boleh merosakkan kulit.

Produk kulit wajah yang baik adalah yang mengandungi bahan ekstrak dari pati buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.

Contohnya cam minyak biji anggur, minyak Babbassu, Aprikot dan Aloe Vera, Phytessence Wakame, Coenzyme Q10 & Cynergy TK.

Kaum adam jugak tidak perlu ambil masa yang lama pun untuk menjaga muka ni. Hanya beberapa minit sahaja sudah cukup untuk membersihkan wajah anda

Menjaga agar kulit bersih.

1. Kulit wajah orang lelaki ni sebenarnya 20% lebih berminyak daripada kulit wajah perempuan.

Ini menunjukkan kulit wajah lelaki ni lebih kotor daripada kulit wajah perempuan dan sepatutnya wajib dicuci tiap-tiap hari.

Paling bagus, disarankan anda mencuci muka 2 kali sehari iaitu masa pagi dan sebelum tidur. Sebab kalau tak cuci muka, semua kotoran, dan bakteria @ plankton-plankton yang melekat kat kulit semalaman boleh menyebabkan timbulnya jerawat, dan menjadi penyumbang utama bagi timbulnya garis-garis penuaan pramatang.

2. Cuci muka korang sebelum bersenam atau pergi gym. Anda akan berpeluh semasa bersenam dan selepasnya.

Jadi sekiranya anda mencuci muka terlebih dahulu maka ini akan mengurangkan kotoran dan bakteria yang terkumpul disebabkan peluh.

Jaga kulit dari minyak yang berlebihan.

Kulit yang terlalu berkilat bermakna ia tidak sihat. Hilangkan minyak di kulit wajah dengan menggunakan kertas minyak atau light powder untuk menghilangkan minyak.

Jangan lupa rawat bibir dengan menggunakan lip balm yang mengandung SPF.

Menjaga kesihatan kulit wajah.

Kulit yang sihat akan membuatkan kulit wajah sentiasa kelihata lebih muda dan muda remaja.

Ada beberapa teknik yang dapat mempertahankan kulit agar sentiasa sihat.

1. Lakukan facial secara rutin. Facial boleh dilakukan sebulan sekali.

2. Lindungi kulit dari sinaran matahari (Sinar UV) bagi yang suka berjemur di luar atau yang buat aktiviti-aktiviti luar. Sebabnya sinar UV juga boleh mendatangkan masalah kedutan, kusam dan berminyak. Pastikan korang sapu krim pelindung matahari yang ada kandungan SPF 15 supaya tak mengalami kulit terbakar atau senang cakap.

3. Makan makanan yang mengandungi vitamin C dan E.

4. Hindari minuman beralkohol, rokok dan stress, sebab 3 benda ni dapat membuatkan korang kelihatan lebih tua.

5. Dapatkan rawatan pakar kulit atau dermatologis sekiranya anda mengalami masalah kulit yang serius.

6. Gunakan produk yang sihat dan dikhususkan untuk lelaki.

SABUN/PENCUCI MUKA

Jangan gunakan sabun biasa. Gunakan sabun khusus pencuci muka untuk ‘kaum Adam’.

Hindari penggunaan sabun pencuci muka yang mengandung kimia.

Boleh juga gunakan sabun pencuci muka yang mengandungi scrub.

Ini kerana scrub dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit di wajah.

Tapi hindari scrub yang mengandung seed extracts, sebab ianya akan merosakkan kulit wajah.

PENYEGAR/TONER

Bagi yang jenis memang pemalas basuh muka, anda boleh la terus gunakan penyegar/toner.

Ini kerana toner merupakan salah satu alternatif untuk korang skip daripada menggunakan mencuci muka.

Hanya gunakan kapas muka, letak sket amount of toner dan usapkan ke atas muka sehingga meliputi keseluruhan muka.

Bagi muka yang berminyak, tumpukan pada bahagian yang berminyak terutamanya kat dahi dan hidung (kalau pompuan biasa panggil Zon-T).

Gunakan toner ni sebelum masuk tidur/pada waktu malam atau lepas cuci muka pada waktu pagi lepas mandi.

KRIM MALAM

Krim malam boleh didapati dalam banyak jenis, ada yang berbentuk krim dan jugak gel.

Biasanya lelaki lebih suka guna yang spesis gel sebab ianya lebih sejuk dan tenang.

Krim malam ni membantu menenangkan kembali otot-otot muka yang da penat mengadap waktu siang.

Gunakan selepas anda memakai toner, sebelum masuk tidur.

MOISTURIZER

Pelembap atau moisturizer adalah untuk melembapkan kulit seharian agar tak kering dan kusam.

Moisturizer sangat penting kat Malaysia ni sebab cuaca yang agak panas.

Pagi-pagi selepas anda mandi, cuci muka, dan pakai toner, bolehlah sapukan dulu sedikit moisturizer.

Pelembab juga diperlukan selepas anda mencukur.

Perlu diingat, hindari daerah sekitar mata, sebab daerah tersebut sebaiknya menggunakan pelembab khusus.

Keempat-empat produk ni sudah cukup untuk menjaga kulit anda seharian dari pagi hingga malam.