Petua Untuk Membuatkan Perut Tidak Mudah Boroi

Mana ada lelaki yang tidak mendambakan perut rata ataupun tubuh sasa seperti yang dimiliki oleh kebanyakan bintang-bintang filem ataupun ahli sukan antarabangsa yang popular?.

Antara nama-nama yang cukup popular kerana memiliki susuk tubuh yang sasa ialah Van Diesel, Robert Downey JR dan Cristiano Ronaldo.

Taktik yang selalu kita gunakan iaitu dengan menahan nafas atau cuba menegapkan badan bukan lagi merupakan tip terbaik kerana ia hanya bersifat sementara.

Oleh itu, bagi remaja lelaki di luar sana, mari kita ikuti dan mulakan petua yang bermanfaat ini untuk membantu anda mengelakkan diri dari mendapat perut yang boroi.

Pelbagai senaman

Tubuh kamu akan terbiasa dengan senaman yang sama jika ianya dibuat secara berulang kali. Untuk meningkatkan kadar stamina, kamu perlu mempelbagaikan jenis senaman yang dilakukan seperti latihan kardiovaskular dan menguatkan otot abdomen meliputi aspek berlari dan ‘push up’, menaiki tangga dan berjalan kaki sama ada dari pejabat ataupun ke rumah.

Perhati nutrisi

Membaca terlebih dahulu label yang terdapat pada makanan yang hendak dibeli adalah penting. Jauhi daripada membeli makanan yang mempunyai lemak trans dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya nikmati makanan yang memiliki serat yang tinggi serta segar termasuk buah dan sayur, sekurang-kurangnya 3gram (gm) di dalam diet anda.

Pilih kawan

Malaysia terkenal dengan sajian makanan yang mampu untuk menggugat selera kamu kerana keenakannya. Maka, kamu perlulah untuk mencari kawan yang mempunyai cita-cita yang sama kerana ia akan memberikan kepada anda motivasi tambahan, selain menaikkan semangat masing-masing untuk bersaing secara sihat.

Reka sajian

Memasak sendiri juga pastinya lebih berkhasiat dan sihat. Kamu digalakkan untuk memasak dengan cara bakar atau kukus berbanding kaedah menggoreng. Masak dengan menggunakan minyak zaitun atau jagung juga dikatakan lebih berkhasiat berbanding menggunakan minyak kelapa sawit namun itu bergantung jika anda memiliki bajet lebih.

Gantikan snek harian anda yang selalunya terdiri daripada kuih muih dengan menguyah lobak merah atau batang seleri. Jika berasa loya, hidangkannya bersama roti atau yogurt! Semoga tip berkhasiat dan sihat ini mampu untuk membantu anda mencapai berat badan yang ideal dan bentuk badan yang anda ingini.