Jenis Wanita Di Malaysia Yang Lelaki Perlu Tahu!

Untuk lelaki yang sedang mencari jodoh, anda perlu tahu jenis-jenis wanita yang ada di Malaysia ni.

Jangan harapkan rupa je cantik tapi perangai hampeh!

Wanita sekarang tak sama dengan wanita zaman dahulu. Memang berbeza sangat.

Jadi, apa sebenarnya jenis-jenis wanita di Malaysia yang lelaki perlu tahu?

1. Jenis kaki shopping

Wanita jenis macam ini paling ditakuti oleh lelaki. Mana taknya, lelaki bergaji bawah RM 3,000 di Kuala Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.

Memang perempuan tak pandang kalau lelaki tu bukan dia bukan ‘CEO syarikat’ macam drama Melayu sekarang.

2. Jenis gedik tak kira waktu

Lelaki suka perempuan gedik tapi biarlah bertempat.

Tapi kalau dapat yang gedik tak kira waktu, memang nak bagi penampar je.

Selalunya wanita cantik je jenis tergedik-gedik. OPS!

3. Jenis perempuan pakai tudung labuh

Sedap je mata memandang. Kalau nak pikat perempuan jenis macam ni, jangan la anda guna pickup line “cia..cia..cia..” tu.

Memang tak makan. Lagi satu jangan gelarkan mereka ni ‘hijabister’, sebab awek-awek hijabister ni tak sama kasta dengan mereka.

4. Jenis valley girl

Wanita jenis ini biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris atau pun rojak campur dengan Bahasa Melayu.

Paling jelik kalau bercakap macam slang orang putih. Biasanya wanita kaya je jenis macam ni.

Tapi ada je perempuan hidup biasa-biasa tapi bajet valley girl!

5. Jenis Diva!

Apa beza perempuan Diva dengan Valley Girl?

Perempuan jenis diva ni menyombong! Dia je la yang betul, orang lain semua salah.

Jenis Diva ni hanya akan bergaul dengan mereka yang sama taraf sahaja.

6. Jenis perempuan Melayu terakhir

Perempuan jenis ini memang susah untuk ditemui. Macam permata!

Lemah lembut, sopan santun, pandai memasak, dan jenis pakai buju kurung setiap masa.

Kalau anda jumpa, jagalah baik-baik. Tak akan jumpa lagi dah nanti!

7. Jenis perasan KOREA

Ramai awek-awek bertudung perasan diri deorang ni KOREA!

Ini buan andaian, tapi ini realiti. Disebabkan taksub dengan kumpulan pretty boy Korea ni, ramai la yang belajar cakap bahasa Korea.

Sanggup simpan duit pergi Korea di usia yang muda, tapi pergi Umrah tak nak pulak!